Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.rung] | بوروڠ

Definisi : binatang yg mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dpt terbang: ~ belatuk; ~ merak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung

Puisi
 

Burung jelatik burung jeladan,
     Burung tekukur terbang meninggi;
Sudahlah paut samalah padan,
     Marilah ukur samalah tinggi.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan.Jangan percaya akan sesuatu yang kita belum tahu dengan sahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Burung terbang dipipiskan lada.Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang.Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Burung hantu kesiangan.Tak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya.Orang yang sudah biasa jahat itu biar bagaimanapun dinasihatkan namun tabiatnya tidak dapat dirubah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan.Orang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan.Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai.Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. semu = tipu, khianat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat burung: mata lepas badan terkurung.Tidak ada kemerdekaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai.Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas