Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.rung] | بوروڠ

Definisi : binatang yg mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dpt terbang: ~ belatuk; ~ merak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung

Puisi
 

Burung jelatik burung jeladan,
     Burung tekukur terbang meninggi;
Sudahlah paut samalah padan,
     Marilah ukur samalah tinggi.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burungburungKesenianTiadaMotif tekat berunsur makhluk yang mengambil bentuk burung.
webjejaring labah-labah; jaring-jaring; web; jejaring ; keping gentian sisir (PEM.MAN)BiologiTiada1. Jejaring benang yang dianyam labah-labah.,2. Veksilum.,3. Membran yang terdapat pada jari-jari kaki katak dan burung-burung renang.
hulu burunghulu burungKerisTiadaHulu yang berbentuk seperti seekor burung, yang dibuat daripada kayu, gading, atau perak.
kepala burungkepala burungKerisTiadaHulu yang berbentuk seperti kepala seekor burung.
poultry productproduk poltriMakanan dan PemakananMakananProduk makanan yang berasaskan daging dan telur daripada kumpulan ayam itik yang diternak. Poltri termasuk ayam, itik, angsa, ayam belanda, burung merpati, burung unta dan burung puyuh.
bird sanctuarylindungan burungLandskapTiadaKawasan yang menjadi tempat perlindungan burung liar. Contohnya, lindungan burung di Kuala Gula, Perak.
arenaarenaBiologiEkologiTempat pembiakan bersama, iaitu jantan membuat pertunjukan dan betina datang untuk mengawan. Misalnya, di tempat pembiakan burung merak, burung jantan menari-nari sambil mempamerkan bulunya yang berwarna-warni untuk menarik perhatian burung betina. Sinonim lek.
burung (Du.)burung (Du.)KesenianTiadaBakul samping daripada buluh dan berbingkai daripada rotan, berbentuk silinder yang menirus ke atas dan bertapak segi empat tepat dan bermulut bulat. Anyamannya kasar di bahagian bawah dan rapat di bahagian atas,bertelinga dan digunakan untuk menyimpan hasil tangkapan seperti ikan.
reproductive colourwarna pembiakanBiologiEkologiWarna yang kelihatan pada bulu burung jantan semasa musim pembiakan, yang bertujuan untuk memikat burung betina. Bulu burung betina pula kurang berwana-warni untuk tujuan perlindungan apabila berada di dalam sarang.
sea eaglehelang lautPerikananTiadaSejenis burung daripada famili Accipitridae, genus Haliaeetus. Burung ini berhijrah beribu-ribu kilometer sebelum mendarat atau berenang di permukaan air. Antara faktor penghijrahan burung ini ialah perubahan musim, pemakanan dan pembiakan. Helang laut gemar memakan hidupan akuatik yang terapung di permukaan air seperti sotong, anak-anak ikan atau udang baring (udang geragau). Burung ini juga kerap menjadi mangsa kepada pemangsa laut seperti jerung. Kehadiran helang laut di sesuatu kawasan menjadi produk pelancongan berteraskan ekologi.
12345678910...

Kembali ke atas