Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung besar yg boleh berlari dgn tangkas, Struthio camelus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj burung besar yg dpt berlari dgn pantas, Struthio camelus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung unta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG UNTA

Burung unta ialah burung yang terbesar.

Ketinggiannya mencapai hampir 2.5 meter dan

beratnya mencapai 155 kilogram. Burung unta

hidup di kawasan dataran dan gurun Afrika.

UMUM 
RHEA

Rhea ialah burung besar di Amerika Selatan yang

tidak boleh terbang. Ia kelihatan seperti burung

unta yang kecil, dan sering dikenali sebagai

burung unta Amerika Selatan . Tetapi, burung ini

mempunyai tiga jari kaki pada setiap kaki,

manakala burung unta mempunyai dua jari kaki.

Rhea juga mempunyai sayap yang lebih besar dan

lebih banyak bulu di leher dan di kepalanya

daripada burung unta (lihat Burung unta ). Rhea

biasa tingginya kira-kira 1.5 meter dan beratnya

lebih kurang 25 kilogram.

UMUM 
OUDTSHOORN

Oudtshoorn (pend. 33 480) ialah sebuah

kawasan pelancongan yang terletak di provinsi

Cape Barat, Afrika Selatan. Oudtshoorn dikenali

sebagai “ibu negeri bulu burung unta sedunia”.

Dari tahun 1880 hingga tahun 1915, memakai bulu

burung unta sebagai hiasan topi dan pakaian telah

menjadi fesyen di seluruh dunia. Pada zaman

kegemilangan ini, peladang tempatan memelihara

lebih daripada 750 000 ekor burung unta. Kini,

terdapat kira-kira 150 000 ekor burung ini yang

dipelihara terutamanya untuk mendapatkan

kulitnya yang dijadikan barangan kulit. Kini,

peladang di daerah ini menanam alfalfa, bijirin,

buah-buahan, tembakau, biji sayur-sayuran, dan

walnut. Hasil tenusu, madu dan wain juga penting.

UMUM 
EMU

Emu ialah burung besar yang tidak boleh terbang

yang tinggal di Australia. Emu ialah jenis burung

tidak boleh terbang yang kedua terbesar selepas

burung unta.

UMUM 
BURUNG KIWI

Burung kiwi ialah nama yang diberi kepada

empat spesies burung New Zealand yang tidak

boleh terbang. Burung kiwi mempunyai perkaitan

dengan burung lain yang tidak boleh terbang

seperti burung moa , burung unta, emu, burung

kasuari dan rhea.

UMUM 
OSIRIS

Osiris ialah dewa kesuburan orang Mesir yang

menjadi ketua dewa alam ghaib. Dia biasanya

digambarkan sebagai mumia manusia yang

berjanggut dan berkulit hijau atau hitam. Dia

memegang tongkat gembala berkelok dan cemeti

serta memakai mahkota putih berbentuk kon dengan

bulu burung unta terselit di kedua-dua belah sisinya.

UMUM 

Kembali ke atas