Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.rut] | بوروت

Definisi : sj penyakit (isi perut turun dan biasanya kantung kemaluan menjadi besar), sakit pasang-pasang, sakit bodek, sakit ulur-ulur; tiada beban batu digalas, tiada ~ diampu-ampu prb tidak ada kerja (kesusahan) mencari kerja (kesusahan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.rut] | بوروت

Definisi : sj penyakit kerana tali perut terturun dan biasanya kantung kemaluan menjadi besar; sakit pasang-pasang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burut


Pantun

PantunSumberTema
Sudahlah mulut ditampar raja, Dituduh pula mencuri puyuh; Sudahlah burut sebesar kelapa, Disuruh pula berlari jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Besarlah buah limau purut, Mainan orang pergi datang; Besarlah tuah orang burut, Berkain gumbang kain petang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tumbuh betong di tepi busut, Busut dapat jadi peranginan; Sungguh untung berlaki burut, Burutnya dapat jadi mainan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Elok mengacip pinang bersabut, Kalau bertampuk berisi juga; Eloklah nasib orang nan burut, Kalau duduk kakinya tiga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas