Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dll): bangkai yg sudah ~; bau ~; 2. jahat, dengki, khianat; ~ budi tidak baik budi; ~-bangar = ~-lahak sangat busuk; ~ hati jahat hati; ~ kohong Kl sangat busuk; ~ mulut a) nafas berbau tidak sedap; b) suka memaki (memakai perkataan yg kotor-kotor); ~ tak tahu dibaunya prb tidak insaf akan kekurangan dirinya; mana ~ yg tiada berbau prb tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga; telah ~ maka dipeda prb sudah terlambat baru dikerjakan; membusuk menjadi busuk: benda-benda organik yg mereput atau ~ spt longgokan sampah;membusukkan 1. menjadikan busuk: cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dgn rumput atau daun-daun yg dibusukkan; 2. memburukkan (orang dll), memfitnah, mencelakan: dialah yg ~ nama gurunya; tak guna ~ kawan sendiri;kebusukan 1. perihal busuk (berbau tidak sedap): mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; 2. perihal busuk (hati): dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;pembusukan perihal membusukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 buruk atau rosak dan mengeluarkan bau yg tidak sedap: Segala jenis bangkai hendaklah ditanam sebelum ~. 2 tidak menyenangkan (bkn bau sesuatu): Baunya ~ spt bau bangkai. 3 tidak baik atau tidak jujur (ttg perangai); jahat: Kerana kecurangannya, pemuda itu telah mendapat nama yg ~. ~ bangar (lahak) sangat busuk baunya. ~ budi tidak elok perangainya. ~ hati jahat hatinya. ~ mulut a. nafasnya berbau busuk. b. suka mengata-ngatai orang atau suka menuturkan kata yg kotor-kotor. membusuk menjadi busuk: Bangkai itu telah mula ~. membusukkan 1 membuat jadi busuk; membiarkan menjadi busuk: Mereka ~ campuran tahi lembu dan daun-daunan itu dlm sebuah lubang. 2 menyebabkan berbau busuk: Kentutnya ~ udara di bilik itu. 3 menyebabkan menjadi busuk; mengaibkan: Kalau engkau berbuat begitu, engkau akan ~ nama keluargamu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk

Puisi
 

Tikar pucuk tikar mengkuang,
     Tempat nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
     Buat perencah si daun kayu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Busuk yang tak tahu dibaunya.

Bermaksud :

Orang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk tak tahu akan hinanya).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spitefuladj a. (of person), /busuk, jahat/ hati: she is nasty and ~, dia jahat dan busuk hati; b. (of remark and behaviour) menunjukkan rasa busuk hati: that was a ~ remark, itu kata-kata yg menunjukkan rasa busuk hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reekvi 1. smell badly, berbau busuk; (like decaying matter) busuk melantung; (fig.) berbau: the waiter’s breath ~ed of garlic, nafas pelayan itu berbau busuk krn bau bawang putih; dried blood and rotting flesh ~ed all round us, darah kering dan bangkai busuk melantung di sekeliling kami; his attitude ~s of snobbery, sikapnya berbau keangkuhan; 2. be full of, penuh dgn: the lagoon ~s with many types of sea-life, lagun itu penuh dgn kehidupan laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stink vi 1. give a strong unpleasant smell, berbau busuk: the meat is starting to ~, daging itu mula berbau busuk; the whole kitchen stank of decayed fish, satu dapur itu berbau ikan busuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
putrescentadj 1. in the process of decaying, menjadi busuk, membusuk: a ~ carcass, bangkai yg membusuk; 2.rel to this process of decaying, busuk: a ~ odour, bau_f yg busuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
putrefyingadj menjadi busuk, membusuk: a ~ body, mayat yg menjadi busuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pongn bau busuk: the horrible ~ coming from the sewer,bau busuk yg datang dr parit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
taintvi menjadi busuk: meat ~s easily in hot weather, daging mudah menjadi busuk dlm cuaca panas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pongviberbau busuk: the market place ~ed of uncleared garbage,kawasan pasar itu berbau busuk di sebabkan sampah yg tdk dibuang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
noisomeadj evil-smelling, sangat busuk: the stagnant, ~ swamp, paya yg bergenang dan sangat busuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unsound2. rotten, busuk: ~ produce at the market was thrown away, hasil tani yg busuk di pasar itu dibuang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas