Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dll): bangkai yg sudah ~; bau ~; 2. jahat, dengki, khianat; ~ budi tidak baik budi; ~-bangar = ~-lahak sangat busuk; ~ hati jahat hati; ~ kohong Kl sangat busuk; ~ mulut a) nafas berbau tidak sedap; b) suka memaki (memakai perkataan yg kotor-kotor); ~ tak tahu dibaunya prb tidak insaf akan kekurangan dirinya; mana ~ yg tiada berbau prb tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga; telah ~ maka dipeda prb sudah terlambat baru dikerjakan; membusuk menjadi busuk: benda-benda organik yg mereput atau ~ spt longgokan sampah;membusukkan 1. menjadikan busuk: cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dgn rumput atau daun-daun yg dibusukkan; 2. memburukkan (orang dll), memfitnah, mencelakan: dialah yg ~ nama gurunya; tak guna ~ kawan sendiri;kebusukan 1. perihal busuk (berbau tidak sedap): mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; 2. perihal busuk (hati): dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;pembusukan perihal membusukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 buruk atau rosak dan mengeluarkan bau yg tidak sedap: Segala jenis bangkai hendaklah ditanam sebelum ~. 2 tidak menyenangkan (bkn bau sesuatu): Baunya ~ spt bau bangkai. 3 tidak baik atau tidak jujur (ttg perangai); jahat: Kerana kecurangannya, pemuda itu telah mendapat nama yg ~. ~ bangar (lahak) sangat busuk baunya. ~ budi tidak elok perangainya. ~ hati jahat hatinya. ~ mulut a. nafasnya berbau busuk. b. suka mengata-ngatai orang atau suka menuturkan kata yg kotor-kotor. membusuk menjadi busuk: Bangkai itu telah mula ~. membusukkan 1 membuat jadi busuk; membiarkan menjadi busuk: Mereka ~ campuran tahi lembu dan daun-daunan itu dlm sebuah lubang. 2 menyebabkan berbau busuk: Kentutnya ~ udara di bilik itu. 3 menyebabkan menjadi busuk; mengaibkan: Kalau engkau berbuat begitu, engkau akan ~ nama keluargamu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk

Puisi
 

Tikar pucuk tikar mengkuang,
     Tempat nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
     Buat perencah si daun kayu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Busuk yang tak tahu dibaunya.

Bermaksud :

Orang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk tak tahu akan hinanya).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bebusukbebusukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Cassia spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatan di Semanjung dan Sabah termasuk berekosa dan busuk-busuk. Spesies utama kayu ini ialah Cassinoda dan C. Siamea. Gubal kayu bebusuk berwarna putih atau kuning, dan dapat dibezakan daripada terasnya yang berwarna coklat jingga atau coklat tua. Tekstur kayunya agak keras dan sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 690 hingga 875 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu bebusuk sukar dikerjakan tetapi agak tahan dan mudah dikeringkan, dan digunakan untuk membuat tiang, hulu peralatan, kotak kayu dan perabot.
basal stem rotbusuk pangkal batangBiologiPatologiBusuk pada pangkal batang pohon saka di kawasan yang berhampiran aras tanah. Contohnya ialah busuk pangkal batang kelapa sawit yang disebabkan oleh Ganoderma spp. Pokok yang terserang biasanya berlubang sehingga mudah patah. Ini merupakan penyakit yang utama pada kelapa sawit di Tenggara Asia, Termasuk Malaysia. bd. busuk batang atas.
basal stem rotbusuk pangkal batangKimiaTiadaBusuk pada pangkal batang pohon saka di kawasan yang berhampiran aras tanah. Contohnya ialah busuk pangkal batang kelapa sawit yang disebabkan oleh Ganoderma spp. Pokok yang terserang biasanya berlubang sehingga mudah patah. Ini merupakan penyakit yang utama pada kelapa sawit di Tenggara Asia, Termasuk Malaysia. bd. busuk batang atas.
brown rotbusuk perangBiologiPatologi1. Busuk akibat serangan kulat terutama sekali pada selulosa kayu pohon saka hingga menghasilkan lignin berwarna perang. 2. Penyakit busuk berwarna perang pada buah epal yang disebabkan Sclerotinia fructigena.
brown rotbusuk perangKimiaTiada1. Busuk akibat serangan kulat terutama sekali pada selulosa kayu pohon saka hingga menghasilkan lignin berwarna perang. 2. Penyakit busuk berwarna perang pada buah epal yang disebabkan Sclerotinia fructigena.
collar rotbusuk leher akarBiologiPatologiPenyakit yang menunjukkan gejala utamanya ialah busuk pada pangkal batang, iaitu tempat keluarnya akar. Contohnya ialah penyakit busuk leher akar getah yang disebabkan oleh kulat Ustulina deusta.
collar rotbusuk leher akarKimiaTiadaPenyakit yang menunjukkan gejala utamanya ialah busuk pada pangkal batang, iaitu tempat keluarnya akar. Contohnya ialah penyakit busuk leher akar getah yang disebabkan oleh kulat Ustulina deusta.
root rotbusuk akarBiologiPatologiBusuk pada akar yang disebabkan oleh patogen, terutama bawaan tanah. Gejala yang mula-mula nampak ialah daun menguning dan gugur lebih awal kerana gangguan penyerapan air dan mineral oleh akar yang busuk.
cottony rotbusuk kekapasBiologiPatologiPenyakit busuk pada tumbuh-tumbuhan, bunga dan sayuran, terutama pada tanaman keluarga limau yang disimpan dalam suhu dan kelembaban yang tinggi. Penyakit ini disebabkan oleh kulat Sclerotinia. Gejala utamanya ialah busuk dan bahagian tumbuhan yang terserang dengan parah akan ditumbuhi miselium kulat berwarna putih yang sangat banyak sehingga kelihatan seperti kapas.
root rotbusuk akarKimiaTiadaBusuk pada akar yang disebabkan oleh patogen, terutama bawaan tanah. Gejala yang mula-mula nampak ialah daun menguning dan gugur lebih awal kerana gangguan penyerapan air dan mineral oleh akar yang busuk.
12345678910...

Kembali ke atas