Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul penggunaan kata "busuk". 1. Longkang itu telah busuk benar baunya. 2. Lampin adik berbau busuk dan perlu ditukar. 3. Sisa bungan yang dibuang di longkang besar itu telah menimbulkan bau yang busuk. 4. Kamal hati busuk kerana selalu memburuk-burukkan orang lain.Keempat-empat ayat yang diberikan menggunakan perkataan busuk yang betul.Makna19.08.2014
Yang manakah betul dalam ayat di bawah, menghindari atau menghindarkan? 1) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. 2) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindarkan musuh daripada mendekatinya.

Mengikut Kamus Dewan Perdana, muka surat 774, maksud "menghindari" ialah menjauhkan dari sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Pegawai yang terlibat dalam kes rasuah tersebut hingga kini terus menghindari wartawan. Manakala maksud "menghindarkan" ialah menjauhkan diri seseorang daripada sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Ahli Dewan Negeri hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada menggunakan kedudukannya bagi faedah peribadi.

 

Cadangan ayat yang betul ialah Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. 

 

Tatabahasa15.08.2023
1.Apakah makna perkataan Pering ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pering bermaksud 1. berbau busuk (spt bau air kencing), haring, hancing. 2. Jw ark buluh; Contoh ayat, pering petung (betung) buluh betung.Makna21.02.2010
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
Bagi istilah “offensive odour and taste” dalam teks yang yang telah kami semak, kami telah memadankannya dengan “bau yang busuk dan rasa yang tidak sedap”. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan “objectionable taste and odour” dalam ayat teks yang sama seperti di bawah ini. Apakah padanan yang sesuai bagi “objectionable taste and odour” ini? Standard for wholesome water or steam 394. (1) Water shall be clean and free from contamination, objectionable taste and odour, and shall comply with the standard as prescribed in the Twenty-fifth A Schedule. Standard bagi air yang selamat diminum atau stim 394. (1) Air hendaklah bersih dan tidak tercemar, tidak mempunyai rasa yang tidak disukai dan tidak berbau busuk, dan hendaklah mematuhi standard sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua Puluh Lima A.Cadangan padanan yang sesuai berdasarkan ayat dalam teks yang diberikan ialah rasa dan bau yang tidak menyenangkan.Makna27.07.2021
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami.
2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.
3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas.
4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk);

5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius.

6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa20.12.2013
apakah istilah bau yg sesuai untuk bau alkoholIstilah yang sesuai bagi bau alkohol ialah tengik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 1) tengik - i. bau atau rasa yg tidak sedap (bau minyak kelapa yg sudah lama disimpan dll), pering; ii. ki berbau busuk.Istilah27.10.2006
salam sejahtera, 1. adakah perkataan ini :mendung, kuat, kecil, kencang, dan lebat, merupakan kata adjektif pancaindera? Jika ya,boleh tolong nyatakan sama ada deria dengar, lihat dll. tqPerkataan yang diberi tidak tergolong dalam kata adjektif pancaindera. Contoh kata adjektif pancaindera: 1. Deria rasa - sedap dan masam
2. Deria pandang - cantik dan hodoh
3. Deria dengar - bising dan garau
4. Deria bau - harum dan busuk
5. Deria sentuh - halus dan keras
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tatabahasa Dewan, halaman 232.
Tatabahasa25.03.2012
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi.Lain-lain10.03.2010
Sama ada padanan bagi perkataan "whole" dalam ayat di bawah ini iaitu "keseluruhan" adalah tepat dalam konteks ayat. Puri tomato 218. (1) Puri tomato hendaklah merupakan hasil produk yang diproses haba yang dibuat daripada keseluruhan tomato yang baik dan masak yang dibuang kulit dan bijinya daripada tomato dalam bentuk asalnya yang baik dan masak serta telah dibuang kulit dan bijinya yang diproses menggunakan haba, dan yang dipekatkan untuk mengeluarkan menghasilkan suatu hasil produk yang mempunyai graviti spesifik khusus yang tidak kurang daripada 1.050 (20°C/20°C). Ia hendaklah dipek dalam bungkusan kedap udara dan diproses dengan haba untuk mengelakkan daripada menjadi busuk kerosakan. Tomato puree 218. (1) Tomato puree shall be the heat processed product made from whole, sound, and ripe tomatoes, with the skin and seeds removed, concentrated to yield a product with a specific gravity of not less than 1.050 (20°C/20°C). It shall be packed in hermetically sealed packages and processed by heat to prevent spoilage. Padanan asalnya adalah "tomato dalam bentuk asalnya". Sama ada terdapat padanan lain yang lebih wajar.Padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Puri tomato dihasilkan daripada keseluruhan tomato yang baik dan masak yang dibuang kulit dan bijinya.Penyemakan dan penterjemahan27.06.2021
12

Kembali ke atas