Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.sung] | بوسوڠ

Definisi : 1. gembung perut (kerana penyakit): penyakit ~; 2. gembung kerana penuh berisi (air dll): buah dada gadis itu ~; kepala ~ kepala menjadi besar kerana berisi air; 3. timbunan pasir di muara sungai, gosong; ~ air penyakit busung kerana perut berisi air; ~ darah penyakit busung kerana tidak datang bulan; ~ kencing busung kerana penyakit pd gelembung kencing; ~ muka muka bengkak (bakup);membusung 1. menjadi busung, menggembung: perutnya ~ akibat penyakit itu; 2. meninggi (pasir dll), merupakan busung: lumpur yg dibawa air sungai itu ~ di muara; dgn dada ~ ki dgn perasaan megah (sombong); membusungkan menggembungkan; ~ dada a) membesarkan dada; b) ki menyombongkan diri, membanggakan diri: Mat Akil ~ dada;terbusung menjadi busung; pembusungan perihal terjadinya busung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.sung] | بوسوڠ

Definisi : 1 gembung atau besar perutnya kerana penyakit: Dia telah dimasukkan ke rumah sakit kerana menghidap penyakit ~. 2 gembung kerana penuh berisi: Sakunya ~ dgn buah langsat. 3 pasir atau tanah yg berlonggok di kuala-kuala sungai. ~ air penyakit busung kerana perut penuh air. ~ darah penyakit busung kerana tidak turun haid. ~ kencing penyakit busung kerana kantung kencing dihinggapi penyakit. ~ muka muka menjadi bengkak. membusung 1 menjadi busung atau gembung: Ikan buntal akan ~ apabila disentuh. 2 bertimbun-timbun merupakan busung: Tanah ~ di kuala-kuala sungai. membusungkan membuat menjadi busung; menggembungkan: Dia berkata-kata sambil ~ dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busung


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELUK BELANGA

TELUK BELANGA, petempatan Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya selepas British menduduki Singapura. Teluk Belanga terletak di bahagian barat Sungai Singapura. Kawasan ini juga dinamakan Kampung Bahru atau Kampung Temenggung. Teluk Belanga pada mulanya ialah kawasan paya bakau, tetapi ia menjadi projek pertama pembangunan semula bandar di Singapura pada 14 Mac 1823, apabila Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya ditempatkan di sana. Namanya mengambil sempena nama ‘belanga’ yang kelihatan muncul di

perairannya ketika Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya berpindah ke sana. Selain itu, dikatakan adanya sebuah busung dalam bentuk ‘belanga’ di kawasan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas