Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.sut] | بوسوت

Definisi : 1. tanah yg melonggok spt bukit tetapi lebih rendah, bukit kecil: ia beredarlah dr situ lalu pergi duduk di atas sebuah ~; 2. sarang anai-anai yg merupakan bukit kecil: ~ semut; ~ betina busut yg besar dan bulat; ~ jantan busut kecil dan lancap;membusut menjadi spt busut: kerak nasi ~ jantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.sut] | بوسوت

Definisi : 1 tanah yg berlonggok spt bukit tetapi jauh lebih rendah. 2 sarang anai-anai yg merupakan bukit kecil. ~ betina busut yg agak besar dan bulat bentuknya. ~ jantan busut yg lancip bentuknya. membusut menjadi spt busut: Kerak nasi ~ jantan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busut

Puisi
 

Putih kuning di pokok sungkai,
     Jatuh sehelai melerang busut;
Putih kuning tubuhnya lengkai,
     Rambut sehelai haram tak kusut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bukit sudah menjadi busut.

Bermaksud :

Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
cendawan kawan[tS«n.dA.wAn kA.wAn] sejenis cendawan berbentuk payung yang tumbuh di atas tanah di kebun getah atau kelapa sawit terutama selepas hujan. Ia boleh dimakan, sama ada dimasak rebus air, dibuat sambal tumis atau digoreng biasa, cendawan busut.   

Kembali ke atas