PEMBINA BUSUT | | UMUM | |
BURUNG BUSUT | Burung busut yang dikenali juga sebagai megapod ialah nama berpuluh-puluh spesies burung buruan yang terdapat dari Pulau Nicobar di Lautan Hindi hingga ke bahagian timur Filipina dan Australia. Bulunya berwarna pudar dan besarnya seperti ayam. | UMUM | |
BUSUT SEMUT | Busut semut ialah timbunan tanah yang dihasilkan oleh semut sebagai tempat tinggal dan tempat pembiakannya. Sesetengah busut semut tingginya kira-kira 1 m dan diameternya melebihi 3 m. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
SEMUT API | Semut api adalah mana-mana satu daripada beberapa spesies semut yang menyebabkan sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima spesies semut api terdapat di tenggara Amerika Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang diimport, adalah semut perosak yang utama. Semut api merah yang diimport membuat busut besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang. Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api merah yang diimport meninggalkan benjol kecil, bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa semut api – dan jarang sekali membawa maut. | UMUM | |
AYAM MALLEE | Ayam mallee tergolong dalam keluarga burung yang beratnya menyerupai ayam. Ia hidup di kawasan separa gurun di Australia, iaitu tempat pokok renek mallee tumbuh. Ayam mallee berukuran 550 hingga 700 milimeter panjang dan beratnya kira-kira dua kilogram. Pada musim sejuk ayam mallee mengorek lubang di kawasan separa gurun untuk bertelur. Kemudian ia memasukkan daun dan rumput sebelum menutupnya dengan pasir sehingga menjadi seperti busut kecil. Ayam mallee jantan mengukur suhu busut ini dengan lidahnya dan menstabilkan suhunya agar bertahan pada kadar lebih kurang 33 ° C dengan menambah atau membuang pasir busut itu. Apabila menetas, anak ayam ini akan berusaha keluar sendiri daripada busut itu. Ia boleh berlari dan terbang dalam masa 24 jam selepas menetas dan tidak dipelihara oleh induknya. Pengelasan saintifik. Ayam mallee tergolong dalam famili Megapodiidae. Nama saintifiknya Leipoa ocellata . | UMUM | |
JEMBALANG | JEMBALANG, hantu tanah. Di setengah-setengah negeri, jembalang dikenal sebagai jemalang atau jumalang. Jembalang dipercayai berpuaka, berasal daripada uri, termbuni ataupun tentuban dan tinggal di dalam gaung, busut, kayu atau batu. | BUDAYA | Makhluk |
BADI | BADI, kuasa luar biasa yang tidak berbentuk peribadi yang terdapat pada benda tertentu seperti anggota manusia, bentuk alam yang luar biasa seperti busut, binatang atau bangkai binatang. Badi boleh mempengaruhi badan manusia untuk mendatangkan kesan seperti sakit dan kelemahan. | BUDAYA | Konsep |
TEGU | Tegu, yang juga dieja teju, ialah nama bagi dua spesies cicak tanah Amerika Selatan. Beratnya kira-kira 2.5 kilogram dan panjangnya kira-kira 90 sentimeter. Tegu adalah kuat, pantas, dan agresif. Tegu membuat lubang dalam tanah atau di bawah batu. Ia memakan tumbuhan, siput, serangga, dan vertebrata (haiwan bertulang belakang) kecil. Di kawasan ladang, tegu dianggap perosak kerana ia memakan telur dan anak ayam. Tegu betina biasanya bertelur dalam busut anai-anai untuk melindungi telurnya daripada diserang oleh haiwan-haiwan lain. Pengelasan saintifik. Tegu tergolong dalam famili Teiidae. Ia adalah genus Tupinambis. | UMUM | |