bebuta | bebuta | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Excoecaria spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama lain di semenanjung dan Sabah ialah buta-buta. Hanya satu spesies sahaja yang mencapai ukuran balak, iaitu Exoecaria agallocha. Gubal dan teras kayu ini biasanya berwarna ungu keputihan dan sukar dibezakan antara kedua-duanya. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus. kayu bebatu mempunyai purata nilai ketumpatan keringan udara 560kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat. Kayu ini tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik dan boleh digunakan untuk membuat alat permainan, perabot, kotak pembungkus, terompah dan juga arang. |
blind study | kajian buta | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Kajian penyelidik yang tidak mengetahui kedudukan sebenar subjek yang diperiksa, sama ada subjek daripada kumpulan eksperimen atau kumpulan kawalan. Kajian buta terbahagi kepada dua, iaitu kajian buta tunggal dan kajian buta duaan. Kajian buta tunggal ialah kaedah kajian apabila subjek menerima rawatan yang hendak diuji, tetapi tidak mengetahui jenis rawatan tersebut. Walau bagaimanapun, pengkaji yang terlibat mengetahui jenis rawatan yang digunakan. Kajian buta duaan pula ialah kaedah kajian apabila kedua-dua penyelidik dan subjek kajian tidak mengetahui jenis rawatan yang diterima oleh subjek. Kaedah ini mengurangkan bias sama ada kepada subjek atau pengkaji, dan mendapat keputusan yang lebih dipercayai daripada kajian buta tunggal. |
amaurosis | amaurosis | Perubatan | Tiada | Buta, terutama sekali buta yang terjadi bukan akibat lesion yang nyata pada mata, saraf optik, retina, tulang belakang atau otak. Misalnya amaurosis uremia, iaitu buta yang diakibatkan oleh uremia. |
homeoarcton | persamaan awal/hemeoarkton | Kesusasteraan | Tiada | Pengulangan sebuah kata pada awal baris dalam sebuah puisi. Contoh: Yang buta datang berpimpin, Yang buta penghembus lesung, Yang capek datang bertongkat, Yang jauh tolak-tolakan, Yang kecil terambil lintang, Yang kurap mengekor angin, Yang kurap pemikul angin, Yang kurap penghalau ayam, Masing-masing dengan gunanya; Yang pekak leka bertanya, Yang pekak membakar meriam, Yang pekung penjemuran, Yang pendek tinjau-meninjau. [Hikayat Malim Deman, Fajar Bakti 1963 hlm. 12] |
double-blind test | ujian buta duaan | Perubatan | Tiada | Kajian tentang kesan ubatan yang subjek dan pengkaji tidak mengetahui siapa yang menerima ubatan. Sinonim: ujian buta duaan. |
double-blind study | kajian buta duaan | Perubatan | Tiada | Kajian tentang kesan ubatan yang subjek dan pengkaji tidak mengetahui siapa yang menerima ubatan. Sinonim: ujian buta duaan. |
literature for the blind | persuratan orang buta | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Segala jenis surat, kertas, majalah, buku dan sebagainya dalam tulisan Braille untuk orang buta. |
ensemble | ensembel | Kesenian | Drama dan Teater | Kesatuan gerak dan gaya yang ditampilkan dalam lakonan yang sama peranan atau sama tara untuk menguatkan kesan dramatik. Contohnya, lakonan empat watak orang buta yang digayakan untuk menjelaskan gelagat orang buta. |
blind | buta; bidai; palam kasar; tabir; langsir | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
blind | buta; bidai; palam kasar; tabir | Geologi | Tiada | Tiada |