Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.tang] | بوتڠ

Definisi : 1. benda kecil, biasanya bulat dibuat drpd logam, plastik, dll, digunakan utk mengancing pakaian atau sbg hiasan, buah baju, kancing baju (pakaian); ~ cangkuk butang yg terdiri drpd cangkuk dan penyangkutnya; ~ katup butang yg terdiri drpd dua belah dan ditutup dgn cara menekan yg satu di atas yg lain; lubang ~ lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan (mengenakan) butang; 2. benda kecil pd alat (pesawat dsb) yg bentuknya atau rupanya seakan-akan butang pd pakaian dan ditekan utk menghidupkan atau menggerakkan alat (pesawat dsb) yg berkenaan; berbutang 1. mempunyai (memakai) butang (bkn baju, skirt, seluar, dsb): bajunya ~ di belakang; 2. berpasang butangnya: dia membiarkan bajunya terbuka, tidak ~; berbutangkan menggunakan sesuatu sbg butang: baju kurungnya ~ mutiara;membutangkan 1. memasangkan butang (pd pakaian dsb dgn cara menjahitkannya); 2. memasangkan (mengenakan, melekatkan) butang (utk mengatup): dia ~ kotnya; pembutangan perbuatan (cara) membutangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.tang] | بوتڠ

Definisi : benda yg dibuat drpd plastik, tulang dsb dan digunakan sbg kancing pakaian ataupun dijahit sbg perhiasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan istilah yang mana lebih tepat berkenaan tanda # (hash key / hatch button)? Adakah butang hash atau butang hac?Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah butang hac.Istilah26.02.2016
Apakah istilah yang sesuai untuk "button on" dan "button off" untuk alat kawalan jauh televisyen?Padanan bahasa Melayu untuk "button on" dan "button off" ialah butang buka dan butang tutup.Penyemakan dan penterjemahan13.09.2021
Di manakah butang "Hantar Permohonan Baru"?Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.gov.my. Tuan perlu mendaftar semula akaun dalam lam web yang baharu ini. Jika terdapat sebarang masalah teknikal, hubungi kami melalui talian 03-21479691/9398/9389.Lain-lain25.08.2017
Huruf sin dan nun di akhir perkataan "sains"dalam Jawi ditulis rapat tapi tidak bersambung. Bagaimana hendak ditaip begitu menggunakan papan kekunci?Puan boleh cuba dengan menekan butang "shift + X" atau butang "ctrl + sempang". Walau bagaimanapun, cara ini bergantung pada papan kekunci yang digunakan.Lain-lain05.03.2024
Apakah istilah yang sesuai untuk "button on" dan "button off" pada alat kawalan jauh seperti radio atau tv?Padanan bahasa Melayu untuk "button on" dan "button off" ialah butang buka dan butang tutup.Penyemakan dan penterjemahan13.09.2021
Saya hendak menjelaskan butang yang boleh pusing /putar untuk meyelaraskan kelajuan pam saya? Apakah nama butang itu? Tombol?Sila berikan istilah bahasa Inggeris supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Untuk makluman, tombol ialah istilah bahasa Melayu untuk "knob".Istilah26.06.2014
Hai. Istilah apakah yang boleh digunakan untuk 'butang #'(hash button)? Adakah istilah 'butang hash' sesuai? Terima kasih.Tanda # tersebut telah diterjemahkan kepada "tanda pagar".Penyemakan dan penterjemahan01.11.2017
Hash Button = Butang Hash?Ejaan bahasa Inggeris yang betul ialah hatch button, sementara dalam bahasa Melayu istilah yang betul ialah butang hac.Istilah03.11.2006
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "Tap add WI-FI button to find one" sesuai diterjemahkan kepada "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencari Wi-Fi" atau "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencarinya"? Frasa digunakan dalam bidang teknologi maklumat(aplikasi telefon pintar). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi ayat tersebut ialah Ketik butang tambah untuk mencari Wi-Fi.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2018
Salam, saya ada soalan berkenaan penggunaan perkataan "pada/di" bagi ayat berikut. Source: Click this button which is to the right of the title." Jawapan: (1) Klik butang ini pada bahagian kanan tajuk. ATAU (2) Klik butang ini di bahagian kanan tajuk. Mohon nasihat pihak tuan/puan. Terima kasihJawapan yang betul berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan ialah "Klik butang ini pada bahagian kanan tajuk".Lain-lain17.02.2023
1234567

Kembali ke atas