Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.tang] | بوتڠ

Definisi : 1. benda kecil, biasanya bulat dibuat drpd logam, plastik, dll, digunakan utk mengancing pakaian atau sbg hiasan, buah baju, kancing baju (pakaian); ~ cangkuk butang yg terdiri drpd cangkuk dan penyangkutnya; ~ katup butang yg terdiri drpd dua belah dan ditutup dgn cara menekan yg satu di atas yg lain; lubang ~ lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan (mengenakan) butang; 2. benda kecil pd alat (pesawat dsb) yg bentuknya atau rupanya seakan-akan butang pd pakaian dan ditekan utk menghidupkan atau menggerakkan alat (pesawat dsb) yg berkenaan; berbutang 1. mempunyai (memakai) butang (bkn baju, skirt, seluar, dsb): bajunya ~ di belakang; 2. berpasang butangnya: dia membiarkan bajunya terbuka, tidak ~; berbutangkan menggunakan sesuatu sbg butang: baju kurungnya ~ mutiara;membutangkan 1. memasangkan butang (pd pakaian dsb dgn cara menjahitkannya); 2. memasangkan (mengenakan, melekatkan) butang (utk mengatup): dia ~ kotnya; pembutangan perbuatan (cara) membutangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.tang] | بوتڠ

Definisi : benda yg dibuat drpd plastik, tulang dsb dan digunakan sbg kancing pakaian ataupun dijahit sbg perhiasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butang


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
badu sampit Bj Smsejenis baju (tradisi Bajau Sama) tanpa lengan yang diperbuat daripada baldu hitam dan diberi hiasan.Badu sampit - baju yang diperbuat daripada kain baldu hitam yang juga dihiasi dengan tekatan benang yang beraneka warna di samping butang-butang betawi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kubamban Bj PT, Sl, Tbsejenis butang tembaga menyerupai butang betawi.Baju kebaya, potongan pendek, bertangan panjang dengan dihiasi dengan kubamban yang diperbuat daripada tembaga menyerupai butang betawi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
largu Tbpakaian penari lelaki tarian runsai (tanpa hiasan).Penari-penari lelaki pula sering kali menggunakan pakaian-pakaian seperti di bawah: Largu/Sipakan - Baju jenis largu adalah baju tanpa hiasan apa-apa; manakala baju Sipakan pula adalah baju yang dihiasi dengan tekatan benang aneka warna di samping manik-manik dan butang-butang betawi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gipis Ihbutang baju.Siujan - Baju yang dihiasi dengan butang yang mereka namakan gipis. Siujaan itu dibuat daripada kain warna hitam.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
siujan Mr Tdbaju daripada kain hitam yang dihiasi gipis.Siujan - Baju yang dihiasi dengan butang yang mereka namakan gipis. Siujaan itu dibuat daripada kain warna hitam.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas