lined button | butang rangkai | Kesenian | Tiada | Dua butang yang dirangkaikan dengan beberapa baris benang yang dililit dengan jahit insang pari. Salah satu butang dijahit pada pakaian dan yang satu lagi dibiarkan tergantung. Pita juga boleh digunakan untuk merangkaikan butang-butang tersebut. |
butang | butang | Kesenian | Tiada | Simpulan benang asing yang menggantikan lidi songket sebagai tanda corak. |
glove lengths | ukuran sarung tangan | Kesenian | Seni Reka Fesyen | Istilah untuk ukuran panjang sarung tangan yang berdasarkan jumlah butang. Satu butang bermakna sarung tangan paras pergelangan tangan. Enam butang bermakna sarung tangan paras separuh hasta. Enam belas butang bermaksud sarung tangan paras siku. |
corded buttonhole | lubang butang tali pintal | Kesenian | Tiada | Lubang butang yang dijahit di atas tali pintal yang terletak di sekeliling lubang butang untuk kegunaan lubang butang kot dan jaket. |
angkat butang | angkat butang | Kesenian | Tiada | Proses mengambil dan memilih benang butang berdasarkan corak tertentu. |
ikat butang | ikat butang | Kesenian | Tiada | Proses menggantikan lidi songket dengan menyusup benang asing dan kemudian disimpulkan menjadi butang. |
mengikat tali butang | mengikat tali butang | Kesenian | Tiada | Proses menggantikan lidi songket dengan menyusun benang asing dan kemudian disimpulkan menjadi butang. |
belira angkat butang | belira angkat butang | Kesenian | Tiada | Bahagian badan kek yang berupa kayu panjang nipis yang digunakan untuk membilang gigi belalang, mengangkat benang butang dan menguak benang lungsin supaya tegang dan menjadi laluan torak atau cuban. |
kayu butang | kayu butang | Kesenian | Tiada | Bahagian hujung kek yang terdiri daripada dua batang kayu, satu diikat atau dipasang pada pasung dan satu lagi diikat dan digantung pada bahagian atas tiang kepala kek yang digunakan untuk menggantung butang. |
penggantung butang | penggantung butang | Kesenian | Tiada | Bahagian hujung kek yang terdiri daripada tali yang diregangkan dengan dua batang kayu, satu diikat atau dipasangkan pada pasung, satu lagi diikat atau digantungkan pada bahagian atas tiang kepala kek yang digunakan untuk menggantung butang. |