Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. biji yg kecil-kecil: ~ padi; ~ beras; 2. benda yg kecil-kecil (spt intan dll); 3. penjodoh bilangan utk barang-barang kecil yg bulat: se~ telur; dua ~ peluru; 4. bahagian kecil-kecil drpd sesuatu (benda, perkara, dll): dia spt mata-mata gelap yg hendak mengetahui ~-~ keterangan tentang diri seseorang; ~ debit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kiri kira-kira perniagaan; ~ kredit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kanan kira-kira perniagaan; ~ tanah bongkah tanah yg kecil-kecil; berbutir berbentuk atau berupa butir (biji kecil-kecil): taburkan racun ~ itu sama rata ke atas pokok atau di sekeliling pangkal pokok; tiada ~ Kl tidak terang;berbutir-butir 1. berupa atau berbentuk banyak butir: sagu rendang yg ~; 2. beberapa banyak butir: dia memberikan ~ emas itu kpd orang lain;membutirkan 1. menyatakan dgn butir-butir, menceritakan dgn teliti: Encik Ramli ~ sebiji-sebiji pendapatnya; 2. ki menghasilkan: empat pemain wanita turut dipilih dgn harapan dapat ~ satu lagi pingat utk negara; ujian itu ~ pulangan yg agak lumayan;butiran huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dgn menyatakan hal yg kecil, perincian: setiap aduan perlulah ada ~ fakta utk memudahkan kerja penyiasatan itu; mereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan;pembutiran perihal memberi (menyebut) segala butir (tentang sesuatu keterangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butir I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, emak membilang butir-butir dari kalung mutiara yang dibelinya. butir-butir percakapannya tidak difahamni kerana sebutannya terlalu cepat. (tuan, adakah butir-butir boleh diguinakan dalam ayat di atas? TQ)

Penggunaan butir-butir dalam ayat tersebut adalah betul. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
Status permohonan anda. Butir-butir permohonan: No. Rujukan: 46325/2018 Pemohon :NUR AFIQAH BINTI RAMLEE Tajuk :Servis Creative Brilliant Arts Status :Tidak Lulus Tarikh dan Masa Permohonan : 9/10/2018 11:46:20 AM Catatan/Komen : Sila terjemah teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu kecuali nama yang telah didaftarkan Sila buat pembetulan pada visual iklan, muat naik dan tekan butang kemas kini. • Tiada sebarang caj dikenakan untuk proses kemas kini.Puan perlu daftar masuk akaun khidmat pengesahan bahasa puan melalui laman web berikut: dbpsahbahasa.my, masukkan ID pengguna (E-mel) dan kata laluan, kemudian klik pada no. iklan 46325/2018, lampirkan (attach) visual yang telah dikemas kini dan tekan butang kemas kini.Lain-lain24.10.2018
Re:DBP : Pengesahan Bahasa Melayu : 24002/2017 Butir-butir permohonan: No. Pendaftaran : 24002/2017 Pemohon : Universal Power Factor Sdn Bhd Syarikat : UNIVERSAL POWER FACTOR SDN BHD Tajuk : UNIVERSAL POWER FACTOR SDN BHD Tarikh Selesai : 21/04/2017 Status : TIDAK LULUS No. Kelulusan : Jika TIDAK LULUS, sila klik pada PRPM > e-Perkhidmatan > Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk melihat komen/pindaan yang perlu dibuat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti “KILANG KABEL” di bahagian paling atas Salam Sejahtera, Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. Adalah dimaklumkan kami adalah kontraktor elektrik bukan pengilang atau pengeluar barangan. Perkataan “KILANG KABEL” yang tuan cadangkan adalah tidak bersesuai dengan kami. Mohon pihak tuan menyemak semula dan kerjasama tuan amat dihargai. Sekian Terima Kasih.Untuk makluman tuan, "KILANG KABEL" hanyalah sebagai contoh. Sila letakkan keterangan yang sesuai dengan aktiviti syarikat tuan, seperti "PERKHIDMATAN KERJA ELEKTRIK". Sila buat pembetulan dan hantar semula permohonan tuan melalui portal yang tersebut.Lain-lain21.04.2017
Salam sejahtera, saya ingin tanya sama ada ayat-ayat di bawah adalah betul atau tidak: 1. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal dari Kedah. 2. Sila dapatkan butir-butir terperinci tentang karnival itu di pejabat kami. terima kasihKedua-dua ayat di atas betul.Tatabahasa01.04.2024
sebuti kerongsang. adakah "sebuti" itu betul diguna? terima kasih.Lazimnya perkataan butir digunakan untuk penjodoh bilangan bagi barang-barang kecil yang bulat, seperti sebutir telur dan dua butir peluru. Berdasarkan contoh penggunaan penjodoh bilangan tersebut, butir tidak sesuai untuk kerongsang kerana bentuknya yang agak nipis dan mungkin bulat, tiga segi dan sebagainya.Tatabahasa08.08.2011
manakah yang lebih sesuai digunakan dalam ayat? 'panduan/peraturan' atau 'panduan atau peraturan'?Panduan dan peraturan mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks penggunaannya dalam ayat. Panduan ialah sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); manakala peraturan ialah segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi.Tatabahasa31.05.2007
Setahu saya, penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah sebuah atau buah. Tetapi, sekiranya pilihan jawapan hanya ada [a] biji [b] butir [c] bentuk [d] pasang, manakah yang lebih sesuai? Terima kasih.Penjodoh bilangan untuk "pingat" ialah butir atau buah. Jadi, penjodh bilangan yang boleh digunakan ialah "butir".Tatabahasa10.05.2013
Penjodoh bilangan untuk pingat adalah butir atau buah. Tetapi, bagaimana nak tahu bila nak gunakan yang mana satu? Terima kasih.

Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah buah. Buah ialah penjodoh bilangan untuk benda yang tidak tentu sifatnya seperti



sebuah kereta, sebuah kerusi.



Dalam Kamus Dewan butir ialah penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat: contohnya  sebutir telur; dua butir peluru.

Tatabahasa25.05.2013
Salam, saya ade menulis buku dan ingin menerbitkan buku. Bagaimanakah cara dan prosedur untuk menerbitkan buku di bawah DBPSdr boleh menghantar manuskrip Sdr berserta bahan iringannya kepada:

Pengarah,
Jabatan Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.

Sdr juga diminta menyertakan butir-butir diri Sdr bersama-sama manuskrip yang dihantar.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain17.01.2013
Apakah istilah ynag betul? Pengkalungan atau pengalungan? Contoh ayat: Majlis Pengalungan Manikayu Dua Butir akan diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Islam pada 24 Mac 2022Antara kata terbitan kalung termasuklah mengalungi, mengalungkan dan kalungan. Tidak ada kata pengalungan dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami ayat tersebut dibetulkan menjadi "Majlis Pemakaian Kalung Manikayu Dua Butir akan diadakan di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Islam pada 24 Mac 2022".Tatabahasa19.03.2022
12345

Kembali ke atas