Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bang] | چابڠ

Definisi : 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan penge­tahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn mele­kapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bang] | چابڠ

Definisi : ; ~ tiga = akar tiga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lonjong, Trichosanthes celebica; akar ~ lima sj tumbuhan (pokok memanjat), akar papan, kangkung gajah, Vitis lanceolaria; akar ~ tujuh sj tumbuhan (pokok memanjat), akar carik biawak, akar kayah asam, Vitis polystachya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bang] | چابڠ

Definisi : 1 bahagian pokok kayu (spt da­han atau ranting) yg tumbuh pd batang. 2 bahagian hujung galah dsb yg berbelah spt dua jari terbuka; canggah. 3 sesuatu yg berpecah spt cabang pokok: ~ jalan. 4 cawangan drpd sesuatu (spt kedai, pejabat) yg lebih besar: Syarikat tsb mempunyai ~nya di tiap-tiap negeri di Malaysia. bercabang 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. bercabang-cabang banyak cabangnya: Tanduk rusa ~. mencabangkan me­nempelkan mata tunas pd pokok supaya menjadi cabang. mempercabangkan menjadikan bercabang. percabangan 1 hal bercabang. 2 tempat jalan, sungai dsb bercabang: ~ jalan persimpangan jalan. pencabangan perbuatan (proses dsb) mencabangkan pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabang

Puisi
 

Kerak hijau di cabang pauh,
     Turun merentas di tangkai padi;
Makin ditinjau makin jauh,
     Berasa nak rentas si tangkai hati.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
branchn 1. secondary stem springing from, a. (tree) cabang, dahan; b. (bough) cabang; c. (shrub) ranting; 2. any extension, subdivision of a main body or system, cabang; (of river etc) cabang, cawangan; (of organization, business, etc) cawangan; one of the ~es of the deer antlers had broken, salah satu drpd cabang tanduk rusa itu telah patah; a ~ road, cabang jalan; a ~ of the royal family, cabang keluarga diraja; geometry is a ~ of mathematics, geometri merupakan cabang ilmu matematik; the canal has many ~es, terusan itu mempunyai cabang yg banyak; the intelligence ~ of the army, cawangan perisik tentera; they have opened a ~ in Bombay, mereka telah membuka cawangan di Bombay;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ramifyvi bercabang: a tree ramifies, pokok bercabang-cabang; the railway system ramified over the country, landasan kereta api bercabang-cabang di negeri itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distributaryn cabang sungai, alur delta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tinen (fml) serampang, cabang: the fork has three ~s, garpu itu berserampang tiga; the ~s of a deer’s antler, serampang tanduk rusa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
executiveadj & n eksekutif: ~ powers, kuasa eksekutif; a business ~, eksekutif perniagaan; in some countries the ~ branch of the government is quite separate from the administrative and judicial branches, di sesetengah negara, cabang eksekutif kerajaan adalah berasingan drpd cabang pentadbiran dan kehakiman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ramifyvt (usu pass.) bercabang-cabang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
armletn 1. (of sea, lake, etc) cabang kecil; 2. band, bracelet worn round upper arm, pontoh, gelang kana.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arm1n 1. (of man) lengan; 2. forelimb of vertebrate, tangan; 3. sleeve, lengan baju: the ~s need shortening, lengan baju itu perlu dipendekkan; 4. armrest of chair etc, tempat letak tangan, tangan-tangan, kelek-kelek(an); 5. st thought to resemble an arm, a. long inlet of sea, lake, etc, cabang; b. river fork, cabang; c. projecting part of candelabrum, cabang; d. projecting part of machine, device, etc, lengan: the ~ of a crane, lengan kren; the ~ of the windmill, lengan kincir angin; 6. large branch of tree, dahan; 7. branch, subdivision of organization, cabang: an ~ of the government, cabang kerajaan; 8. power, authority, kuasa: the long ~ of the law, kuasa undang-undang yg luas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
offshootn 1. (lateral shoot from main stem of plant) tunas susur; (lateral branch from main stem of plant) dahan susur; 2. st that developed from st else, cabang: one of the ~s of the organization, salah satu cabang organisasi itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spur 4. ridge, susuh bukit; 5. branch of a road, railway line, cabang jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas