Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bang] | چابڠ

Definisi : 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan penge­tahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn mele­kapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bang] | چابڠ

Definisi : ; ~ tiga = akar tiga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lonjong, Trichosanthes celebica; akar ~ lima sj tumbuhan (pokok memanjat), akar papan, kangkung gajah, Vitis lanceolaria; akar ~ tujuh sj tumbuhan (pokok memanjat), akar carik biawak, akar kayah asam, Vitis polystachya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bang] | چابڠ

Definisi : 1 bahagian pokok kayu (spt da­han atau ranting) yg tumbuh pd batang. 2 bahagian hujung galah dsb yg berbelah spt dua jari terbuka; canggah. 3 sesuatu yg berpecah spt cabang pokok: ~ jalan. 4 cawangan drpd sesuatu (spt kedai, pejabat) yg lebih besar: Syarikat tsb mempunyai ~nya di tiap-tiap negeri di Malaysia. bercabang 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. bercabang-cabang banyak cabangnya: Tanduk rusa ~. mencabangkan me­nempelkan mata tunas pd pokok supaya menjadi cabang. mempercabangkan menjadikan bercabang. percabangan 1 hal bercabang. 2 tempat jalan, sungai dsb bercabang: ~ jalan persimpangan jalan. pencabangan perbuatan (proses dsb) mencabangkan pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabang

Puisi
 

Kerak hijau di cabang pauh,
     Turun merentas di tangkai padi;
Makin ditinjau makin jauh,
     Berasa nak rentas si tangkai hati.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
act forkscabang-cabang tindakanPentadbiranTiadaDalam Pokok Keputusan, pilihan tindakan dipersembahkan sebagai satu dahan yang bercabang yang mana setiap cabang mewakili satu tindakan.
pneumatophorepneumatoforBotaniTiadaCabang-cabang akar yang tumbuh menegak dari akar yang terendam pada tumbuhan yang tumbuh di dalam air. Cabang akar ini berperanan dalam proses respirasi. Contohnya, pneumatofor pada pokok bakau.
arteriolearteriolPerubatanTiadaCabang-cabang arteri yang kecil.
subvariantsubvarianKesusasteraanTiadaCabang-cabang dari bacaan yang berbeza-beza dalam naskhah yang diperbandingkan sama ada dari segi perkataan, gambaran tokoh dan episod.
dorsalis linguae arteriaarteri dorsalis linguaePerubatanTiadaCabang-cabang arteri lingual, bermula dari bawah otot hipoglosal dan naik ke arah bahagian posterior lidah, membekalkan membran mukus, arkus glosopalatin, tonsil, lelangit lembut dan berenastomosis dengan yang di kontra-lateral.
terminal dentinal plexuspleksus dentin terminalPerubatanTiadaJaringan cabang-cabang halus hujung cuaran odontoblas dan tubul dentin.
dendritic cellsel dendritPerubatanTiadaSel yang mempunyai cabang-cabang unjuran badan sel seperti neuron.
root tubertuber akarBotaniTiadaAkar adventitius atau cabang-cabang akar yang menebal dan berisi. Tuber akar tidak mempunyai mata tunas. Contohnya, akar ubi kayu dan akar ubi keledek.
auriculoventricular dissociationdisosiasi aurikuloventrikelPerubatanTiadaSaraf yang berasal dari saraf mandibel dan bercabang menjadi saraf aurikular anterior, saraf meatus akustik luaran, cabang-cabang parotid, dan cabang ke membran timpanum.
celiectomyseliektomiPerubatanTiada1. Pembuangan organ abdomen secara pembedahan.,2. Pemotongan cabang-cabang seliak saraf vagus.
12345678910...

Kembali ke atas