Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bi/] | چابيق

Definisi : 1. koyak, carik (pd kain dsb); cobak-~ koyak-koyak, robek, sobek; 2. penjodoh bilangan utk sesuatu yg dikoyakkan, helai: se~ kain; cabik-cabik koyak-koyak, robek, sobek; mencabik mengoyak, mencarik, menyobek; mencabik-cabik mengoyak-ngoyak, mencarik­-carik, menyobek-nyobek; mencabikkan mengoyakkan, mencarikkan, menyobekkan; mencabik-cabikkan mengoyak-ngoyakkan, mencarik-carikkan, menyobek-nyobekkan; cabikan carikan, koyakan, sobekan; pencabikan perihal atau perbuatan men­cabik(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bi/] | چابيق

Definisi : ; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bi/] | چابيق

Definisi : 1 koyak atau carik (pd kain, kertas dll). 2 penjodoh bilangan utk sesuatu yg dikoyakkan; sobekan: se~ kain secarik kain. mencabikkan menjadikan koyak atau cabik; mengoyakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabik

Puisi
 

Makan sirih secabik-cabik,
     Makan secabik campak ke laman;
Bukan kupilih orang yang cantik,
     Tetapi rasa tidak berkenan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seduit dibelah tujuh,
     sirih sehelai dicabik-cabik.

Bermaksud :

Bersatu hati; sangat sedikit atau sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Makan sirih cabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Jangan dipilih rupa tak baik, Sahaja hati tidak berkenan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makan sirih secabik-cabik, Makan secabik campak ke laman; Bukan kupilih orang yang cantik, Tetapi rasa tidak berkenan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makan sirih bercabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Bukannya pilih cantik molek, Tetapi di hati sudah berkenan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas