Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bi/.ca.bi/] | چابيق٢

Definisi : koyak-koyak, robek, sobek; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabik-cabik

Puisi
 

Makan sirih secabik-cabik,
     Makan secabik campak ke laman;
Bukan kupilih orang yang cantik,
     Tetapi rasa tidak berkenan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seduit dibelah tujuh,
     sirih sehelai dicabik-cabik.

Bermaksud :

Bersatu hati; sangat sedikit atau sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh tak kalau guna sobek untuk pingganBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sobék bermaksud koyak (pakaian dll), cabik, carik, robek: kemejanya telah ~; tidak sesuai digunakan untuk pinggan. Untuk pinggan, lebih tepat digunakan perkataan pecah atau retak.Istilah07.10.2009
secarik baju perkataan ini boleh tak carik boleh digunakan dalam baju?

Carik bermaksud cabik atau koyak memanjang atau berlubang-lubang kecil yang biasanya merujuk kepada kain, kertas dan lain-lain. Perkataan secarik pula merupakan penjodoh bilangan. Berdasarkan makna tersebut, penggunaan secarik baju tidak betul, sebaliknya yang betul ialah secarik kain.  

Makna17.10.2021

Kembali ke atas