Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacat;

Puisi
 

Nyiur lamin di Pantai Lamin,
     Jatuh sebutir disambar ribut;
Hitam manis duduk beransin,
     Cacat sedikit rambutnya sejemput.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bicarakan rumput di halaman orang,
     di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga.

Bermaksud :

Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
side defectcacat sisi; cacat sampinganPerhutananTiadaTiada
open defectcacat terdedahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCacat semula jadi atau cacat akibat kerja pemprosesan kayu balak, kayu gergaji atau papan panel yang dapat dikesan dan dilihat dengan mata kasar.
allowable defectcacat terizinkanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCacat pada kepingan kayu gergaji yang diizinkan dalam urusniaga kayu. Kehadiran cacat ini tidak akan menurunkan gred kayu gergaji berkenaan. Misalnya, dalam Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia, cacat liang jejarum diizinkan.
sapstain dipracun cacat warna; celupan cacat warnaPerhutananTiadaTiada
blue staincacat warna biruPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCacat pewarna gubal oleh kulat pewarna biru, yang menyerang bahagian gubal kayu yang cerah, seperti gubal kayu jelutung, pulai , dan kayu getah. Cacat ini menurunkan mutu kayu tetapi tidak mengurangkan kekuatannya.
sticker staincacat warna penjarakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCacat berwarna biru atau perang pada permukaan papan yang sedang dikeringkan, yang disebabkan oleh kulat atau bahan kimia daripada penjarak yang bersentuhan dengan permukaan papan tersebut. Cacat ini boleh mengurangi mutu papan, tetapi tidak mempengaruhi kekuatannya.
warpmenggeledingPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKeadaan kayu gergaji dan hasil kayu lain yang membengkok dan yang satah permukaannya menyimpang daripada satah asalnya. Keadaan ini terjadi semasa pengeringan kayu akibat kadar kecutan dan tegasan permukaan yang berbeza. Pengeledingan kayu termasuk lengkung seludang, lengkung sabut, piuh, genjangan, keadaaan berkerut atau gabungan cacat-cacat di atas.
defect system gradingpenggredan sistem cacatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPenggredan yang berdasarkan cacat yang terdapat dalam balak segi dan kayu gergaji yang mempunyai kegunaan tertentu, yang biasanya digunakan dalam ukuran yang dibekalkan. Jenis, jumlah dan saiz cacat menentukan gred sesuatu hasil kayu.
Clear face cuttingBelahan muka bersihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPermukaan papan yang tidak mengandungi sebarang cacat ketara, kecuali cacat kecil yang diizinkan dalam peraturan penggredan tertentu. Permukaan kayu yang satu lagi haluslah lebih baik daripada belahan muka baik.
blemishcacat rupaPerhutananTiadaCacat yang mengubah rupa kayu tetapi tidak mengurangi mutunya. Misalnya, bintik-bintik biru pada papan gergaji.
12345678910...

Kembali ke atas