Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.dang] | چادڠ

Definisi : ; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, mengan­jurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntuk­kan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. memper­siapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak me­lambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); pencadangan perihal (perbuatan dsb) men­cadangkan; pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.dang] | چادڠ

Definisi : ; bercadang bersedia atau ber­maksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negara pd tahun ha­dapan. mencadangkan 1 mengeluarkan fikiran; mengusulkan; menyarankan: Ia ~ supaya perkara itu disiasat terlebih dahulu. 2 mengemukakan (seseorang) sbg calon: Ia ~ Adli sbg bendahari persatuan itu. 3 menyediakan atau menyimpan sesuatu utk kegunaan apabila perlu. cadangan 1 sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2 sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. pencadang orang yg mencadang­kan; pengusul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cadang

Puisi
 

Akar pilih kuda belang,
     Akar lama melilit pongsu;
Kalau tak boleh seperti dok cadang,
     Nak bawa cerana mengadap guru.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon DBP cadang penggunaan yang tepat. 1. Sultan menganugerahkan ATAU mengurniakan pingat kebesaran...? 2. Selamat pagi guru dan rakan rakan sekalian / Selamat pagi guru dan rakan rakan. yang mana betul? Terima kasih.1. Penggunaan perkataan yang tepat dalam konteks tersebut ialah Sultan mengurniakan pingat kebesaran. 2. Frasa yang betul ialah Selamat pagi guru dan rakan sekalian.Lain-lain25.05.2021
Mohon DBP cadang frasa yang tepat. 1. terpesona oleh / akan / dengan 2. di alaf/pada alaf 3.menuding jari ke/kepada Terima kasih.1. Kata terpesona boleh diikuti oleh/akan/dengan bergantung pada konteks dan penggunaan dalam ayat.
2. Frasa yang betul ialah pada alaf.
3. Frasa yang betul ialah menuding jari ke.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265-286. 
Tatabahasa24.05.2021
Mohd Yassin Mohd Yunus SEL 10.21 PTG CADANG ISTILAH Mungkin perlu juga digunakan sistem penggabungan dua perkataan untuk membentuk istilah baharu. Ini bagi menjadikan korpus perbendaharaan lebih sesuai dengan arus zaman. Contoh: 1. 'charging' = isirus; [isi] + [arus] Istilah 'cas' atau 'mengecas' dalam Bahasa Melayu bukan tidak ada. Cuma, maksudnya jauh dari yang selalu orang gunakan (menahan kaki orang berjalan/berlari dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh). 2. 'boarding' = naikapal; [naik] + [kapal] 'Boarding' atau 'board' dalam maksud sebenar Bahasa Melayu, selain "berasrama", "papan", "naik" dan "barisan", tidak mempunyai semantik yang cukup mendalam bagi maksud ayat "menaiki kapal". Dan memandangkan kapal adalah satu-satunya jenis kenderaan yang seseorang boleh 'board'/'boarding', maka mengapa tidak digabungkan saja, supaya penutur Bahasa Melayu tidak pula terkeliru dengan menggunakan perkataan tersebut untuk kenderaan lainnya. Contoh ayat: "Kamil mengisirus telefon bimbitnya di surau lapangan terbang, sebelum dia menaikapal." Saya ada beberapa cadangan istilah lain yang saya simpan bagi memperkaya lagi perbendaharaan kata bangsa kita. Saya senaraikan sebahagiannya: 1. 'tesat' ([temu] + [sesat]), yang bermaksud menemukan sesuatu dalam keadaan sesat (biasanya pengajaran/pelajaran). Tamsil guna: "Jaidi tesat di Kuala Lumpur, bahawa kebahagiaan yang dicarinya, ada di kampung halaman." 2. 'pedata' ([pesan] +[dalam] + [talian]), yaKami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cadangan pembentukan istilah baharu yang tuan cadangkan. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka yang terlibat dengan projek pembentukan istilah.Istilah17.10.2017
bagaimana saya nak hantar artwork banner untuk kelulusan dewan bahasa dan pustaka. saya cadang untuk hantar ke southern ads di johor bahru.Sila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepadatuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan.Lain-lain18.11.2013
Apakah istilah yang sesuai bagi kata phonation (dalam bidang fonetik)? Saya tidak berjumpa dengan istilah yang sesuai dalam Kamus Linguistik. Saya cadang menggunakan istilah fonasi. Harap diberikan maklum balas. Terima kasih Dr S. NathesanUntuk makluman, padanan istilah bahasa Melayu untuk "phonation" yang terdapat dalam pangkalan data istilah DBP ialah pembunyian. Istilah02.01.2013
Saya ingin tahu maksud "recommendation system" yang tepat utk penulisan ilmiah dalam bidang IT. Sebelum ini saya telah gunakan carian kata namun hanya ada syor dan cadang bagi perkataan 'recommend'. Adakah boleh saya gunakan SISTEM PENGESYORAN ATAU SISTEM REKOMENDASI. Namun, tiada perkataan 'pengesyoran' mahupun 'rekomendasi' dalam carian kata prpm.Padanan yang sesuai ialah sistem pengesyoran Lain-lain11.09.2019
Selamat Sejahtera! Made of natural origin ingredients. Cadangan terjemahan 1:Dirumus dengan bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber semulajadi. Cadangan terjemahan 2: Dirumus dengan bahan-bahan daripada sumber semulajadi Cadang terjemahan 3: Dirumus dengan bahan-bahan berasaskan sumber semulajadi Antara ketiga-tiga cadangan, mana satu adalah terjemahan yang betul?Pada pandangan kami, “Dirumus dengan bahan berasaskan sumber semula jadi dianggap sebagai terjemahan yang sesuai. Tidak perlu kata ganda untuk perkataan “bahan” kerana maksud “dirumus” sudah merangkumi maksud menggunakan lebih daripada satu bahan. Semula jadi terangkum dalam kategori kata majmuk yang perlu dieja terpisah.Penyemakan dan penterjemahan19.03.2019
Adakah pihak DBP ada membuat salinan Manuskrip (ditulis pada 1403) yang dijumpai di daerah Lahad Datu Sabah iaitu di dalam tulisan Jawi yang berbahasa Suku Idahan? Jika ada di mana boleh saya merujuk manuskrip tersebut? Kalau tiada lagi, saya cadang utk dibuat salinan dan terjemahan ke dlm tulisan zaman sekarang dgn mengekalkan sukuan bahasa dan terjemahan ke bahasa Melayu. Sekian.Mohon kerjasama pihak tuan untuk menyatakan tajuk manuskrip untuk kami semak dengan Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Lain-lain19.12.2023

Kembali ke atas