Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ga/] | چاݢق

Definisi : 1. cabang (kayu dll); ~ jalan simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu (meriam, teropong, dll); 3. penyangga atau kaki bermacam-macam alat (kamera, mesingan, dll); 4. Id tiang telefon; 5. sokong­an, tunjangan, pertolongan; ~ hidup Id bunga wang yg harus dibayar kpd seseorang semasa hidupnya atau utk beberapa tahun; 6. Kl pengandar rumput: dia memotong rumput dua ~ sehari utk lembunya; 7. alat (drpd kayu, buluh, logam) yg bulat, panjang, kukuh, dan ringan yg digunakan sbg penyidai kain; bercagak 1. bercabang; 2. memakai cagak (sokong dll); tulang ~ tulang pipi; mencagak menyokong (menahan, menopang, dll) dgn cagak; mencagakkan menaruh sesuatu di atas cagak; tercagak tertopang dgn cagak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ga/] | چاݢق

Definisi : ; mencagak 1. menopang, menahan dgn cagak; 2. menunjang, menyokong; 3. kelihatan jelas di mata kerana tegak (mencuar dll); 4. tangkas pergerakan badan dan petah berkata-kata; mencagakkan menanam pancang di tanah, memancangkan; tercagak terpancang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ga/] | چاݢق

Definisi : 1 cabang spt yg terdapat pd pokok kayu: ~ jalan cabang atau simpang jalan. 2 sesuatu (spt kayu, tongkat) yg hujungnya bercabang utk menyangga sesuatu. bercagak 1 ada cagaknya; ber­cabang. 2 memakai penyokong atau penyangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cagak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cagakcagakSukanTiadaBahan daripada buluh atau gentian dibelah bahagian atas dan diikat dengan tali atau kawat sebagai rumah lopak dalam permainan gasing uri.
mountingcagak; melekapPerubatanTiadaTiada
mountingcagak; melekap; memanjatVeterinarTiadaTiada
mountingcagak; melekapKejuruteraanTiadaTiada
mountingcagak; melekapGeografiTiadaTiada
mountingcagak; melekapPertanianTiadaTiada
lamp mountcagak lampuKomunikasi MassaTiadaTiada
focusing mountcagak pemfokusKomunikasi MassaTiadaTiada
gunstock mountcagak bersasarKomunikasi MassaTiadaTiada
standard mountcagak piawaiKomunikasi MassaTiadaTiada
12345

Kembali ke atas