Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ga.ran] | چاݢرن

Definisi : 1. barang yg dijadikan sbg taruhan apabila berhutang, barang yg digadai­kan, rungguh(an); 2. cengkeram, bayaran pen­dahuluan, wang muka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ga.ran] | چاݢرن

Definisi : 1 barang yg dijadikan sbg jaminan utk berhutang. 2 wang yg dibayarkan dahulu kerana hendak membeli atau menempah sesuatu; wang muka; cengkeram. mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cagaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah Title Transfer Collateral Arrangement diterjemahkan kepada Pengaturan Cagaran Pemindahan Hak Milik?Terima kasihDalam data kami collateral bermaksud cagaran atau sandaran. Jika konteks yang dimaksudkan ialah cagaran, maka terjemahan yang dicadangkan boleh diterima.Penyemakan dan penterjemahan11.12.2018
Unified Secured Transaction Legal Framework - Kerangka Undang-undang Transaksi Bersekuriti Disatukan Movable Assets Collateral Registry - Daftar Cagaran Aset Alih Pohon pandangan tuan tentang terjemahan ini. Terima kasih.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 

1. Unified Secured Transaction Legal Framework – Kerangka Undang-undang Urus Niaga Bersekuriti Disatukan

2. Movable Assets Collateral Registry - Daftar Cagaran Aset Alih 


Penyemakan dan penterjemahan30.10.2022
makna "recall loan securities"Padanan recall loan security dalam bahasa Melayu ialah perolehan kembali cagaran pinjaman.Penyemakan dan penterjemahan24.11.2010
BETUL ATAU TIDAK PERKATAAN/AYAT MELELAPKAN BAYARAN? CONTOH DI BAWAH. 6.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa cagaran yang dirujukkan di perenggan 6.1 di atas akan dikembalikan kepada Pengusaha tanpa apa-apa faedah selepas perjanjian ini ditamatkan dengan memuaskan dan tertakluk kepada potongan yang dibuat oleh Koperasi mengikut perjanjian ini. Adalah dipersetujui bahawa KKUiTMB berhak untuk melelapkan Bayaran Dahuluan jika perjanjian ini ditamatkan oleh sebab apa-apa perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini oleh Pengusaha dan kelelapan deposit ini juga tidak akan menyekat Koperasi untuk menuntut kerugian atau gantirugi lain yang diakibatkan oleh Kontrak ini.Dalam bidang kewangan, perkataan melelapkan bayaran dalam ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lelap bermaksud tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian).

Mohon dibetulkan ejaan ganti rugi (dua perkataan).
Istilah15.04.2021
apakah BM untuk 'safety' dan 'security' ?Padanan untuk safety dan security dalam bahasa Melayu ialah keselamatan tetapi security boleh juga diterjemahkan sebagai cagaran/jaminan dan sekuriti.Istilah08.05.2009
Boleh Saya tahu, tranlasi atau pengunaan Bahasa Malaysia yang tepat untuk "Unsecured Overdraft facility" dalam istilah perbankan. Bantuan anda amat dihargai.Istilah bahasa Melayu untuk "unsecured overdraft facility" ialah kemudahan overdraf tanpa cagaran.Istilah10.05.2013
Apakah perbezaan antara memajakkan dengan mencagarkan? Boleh bagi contoh ayat untuk membezakannya?

Makna memajakkan ialah menyerahkan sesuatu hak atau kuasa kpd orang lain dgn mengambil sewa: Mereka kemudian ~ kawasan itu kpd orang lain. Mencagarkan pula ialah memberikan sesuatu sbg cagaran hutang.

Makna08.08.2010
" You should bear expenses incurred and any other fees, expenses or recourse in respect of this product" Apakah perkataan bahasa malaysia yang sesuai bagi "recourse" di atas? Terima kasihDalam data kami, perkataan  recourse diterjemahkan sebagai berbantuan, yang bermaksud peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika subsidari mungkir dan cagaran tidak mencukupi. Puan bolehlah melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=recourse .Penyemakan dan penterjemahan16.03.2015
'Security' dan 'Safety' adalah dua perkataan yang membawa erti yang berbeza di dalam behasa Inggeris. Apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu hanya satu perkataan sahaja yang muncul iaitu 'Keselamatan'. Apakah perkataan yang tepat membezakan 'security' dan 'safety'?Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "safety" ialah keselamatan. Walau bagaimanapun, untuk perkataan "security" terdapat beberapa padanan bahasa Melayu, iaitu keselamatan, jaminan, sekuriti dan cagaran. Oleh itu, tuan boleh memilih istilah bahasa Melayu yang sesuai berdasarkan konteks penggunaan.Istilah16.02.2016
Ahmad Saufe Mar 19th, 2:55pm Salam pentadbir, Mohon membantu dalam memberi maksud yang tepat bagi terma dibawah; Out of pocket expenses: perbelanjaan luar jangka Recourse : rekursa Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "out of pocket expense" ialah perbelanjaan sendiri (bidang Sains Politik) dan belanja hangus (bidang Undang-Undang). Tidak ada huraian khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data kami. Istilah untuk "recourse" ialah rekursa (bidang Pentadbiran Perniagaan), hak tuntut (bidang Ekonomi), berbantuan (bidang Pentadbiran). Dalam bidang Pentadbiran maksud yang diberikan untuk "berbantuan" ialah peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika anak syarikat mungkir dan cagaran tidak mencukupi.Istilah19.03.2015

Kembali ke atas