Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ga.ran] | چاݢرن

Definisi : 1. barang yg dijadikan sbg taruhan apabila berhutang, barang yg digadai­kan, rungguh(an); 2. cengkeram, bayaran pen­dahuluan, wang muka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ga.ran] | چاݢرن

Definisi : 1 barang yg dijadikan sbg jaminan utk berhutang. 2 wang yg dibayarkan dahulu kerana hendak membeli atau menempah sesuatu; wang muka; cengkeram. mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cagaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pawnbrokingrahnuEkonomiEkonomi IslamKontrak yang menjadikan sesuatu barang atau harta sebagai cagaran untuk menjamin pelunasan sesuatu hutang. Dalam kontrak ini, penggadai menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pegadai. Mengikut syarak, cagaran hendaklah diserahkan oleh penggadai kepada pegadai. Cagaran akan dijual oleh pegadai untuk melunaskan hutang sekiranya hutang itu gagal dibayar oleh penggadai setelah tamat tempoh. Kemudahan ini membolehkan penggadai memperoleh pinjaman kecemasan, pinjaman perniagaan dan pinjaman untuk pembelian input. Sinonim gadaian.
multi pawnedberbilang gadaianEkonomiEkonomi IslamBarang gadaian yang sama digunakan sebagai cagaran kepada hutang yang berlainan. Hal ini bermakna satu barang gadaian yang sama akan digunakan sebagai cagaran untuk jaminan beberapa hutang yang berbeza. Berbilang gadaian boleh berlaku dengan dua cara, iaitu pertama menggadaikan barang sepadu yang separuh bahagiannya telah menjadi cagaran untuk suatu hutang, kemudian separuhnya lagi dijadikan cagaran untuk hutang yang lain. Cara kedua, iaitu menggadaikan satu barang gadaian yang sama secara serentak beberapa kali sebagai barang cagaran untuk hutang yang berlainan. Berbilang gadaian diharuskan mengikut mazhab Maliki, Syafi‘i dan Hanbali tetapi tidak diharuskan mengikut mazhab Hanafi.
amortized securitycagaran terlunas hutangPentadbiran PerniagaanTiadaCagaran atas hutang yang masih belum langsai yang dibayar secara beransur-ansur bagi tempoh yang hampir tamat.
collateral bondbon cagaranPentadbiran PerniagaanTiadaCagaran tambahan untuk pinjaman.
العين المرهونةbarang gadaian/cagaranAgama IslamFiqhHarta yang dijadikan cagaran hutang.
collateralcagaranEkonomiTiadaSekuriti yang diberi oleh peminjam sebagai jaminan terhadap pembayaran semula pinjaman yang diperoleh. Sinonim sekuriti cagaran.
collateralcagaranEkonomiTiadaSekuriti yang diberi oleh peminjam sebagai jaminan terhadap pembayaran semula pinjaman yang diperoleh. Sinonim sekuriti cagaran.
unsecured creditorpemiutang tanpa cagaranPentadbiranTiadaPemiutang biasa yang mempunyai tuntutan terhadap semua aset firma kecuali yang ditandakan sebagai cagaran khusus untuk hutang lain.
first mortgagegadai janji pertamaPentadbiran PerniagaanTiadaCagaran ke atas sesuatu aset yang diutamakan melebihi cagaran yang lain.
first mortgagegadai janji pertamaPentadbiran PerniagaanTiadaCagaran ke atas sesuatu aset yang diutamakan melebihi cagaran yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas