Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ha.ya] | چهاي

Definisi : 1. pancaran yg datangnya dr objek yg bersinar (matahari, lampu, api, dll) yg membolehkan sesuatu (objek, sekitaran, dll) dilihat, sinar: ~ bintang; 2. kilauan (emas, intan, berlian, dll): ~ permata; 3. seri, kejernihan (air muka); ~ mata a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; c) anak; ~ muka a) rupa air muka; b) seri yg kelihatan pd muka; 4. penyuluh (kpd rohani), petunjuk: sesungguhnya telah datang kpd kamu ~ kebenaran drpd Allah; bercahaya memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ dgn sangat terangnya; muka Tuan Bujang ~ spt bunga raya; mencahayai memberi cahaya kpd, mene­rangi, menyinari, menyuluh: bulan purnama ~ sekalian alam dgn sinarnya yg lembut; mencahayakan 1. mengeluarkan atau me­mancarkan cahaya, menyinarkan; 2. menjadi­kan bercahaya, mengilatkan, menyinarkan: berlian boleh dicuci utk ~nya; pencahayaan 1. perihal mencahayakan, penyinaran; 2. penggunaan alat, perkakas yg mengeluarkan cahaya dan penghasilan caha­ya yg sesuai bagi usaha pementasan atau peng­gambaran: seorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kpd pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ha.ya] | چهاي

Definisi : 1 sesuatu (spt sinar matahari) yg dpt mewujudkan keadaan terang: ~ matahari. 2 kejernihan atau seri pd muka. 3 kilauan yg terdapat pd emas, intan, berlian dll. ~ mata a. sinar pd mata. b. orang yg dikasihi; buah hati. c. anak. ~ muka a. air muka. b. seri pd muka. bercahaya 1 ada atau terdapat cahayanya; memancarkan cahaya; berkilau: Bulan ~. 2 berseri; jernih: Mukanya ~. 3 bergemerlapan; bersinar-sinar: intan berlian yg ~. mencahayai memberi cahaya kpd; menerangi; menyinari: Bulan purnama ~ taman yg indah itu. mencahayakan 1 mengeluarkan cahaya; menyinarkan; memancarkan. 2 menjadikan bercahaya atau berkilat; mengilatkan: Batu berlian pd cincinnya dicuci utk ~nya. pencahaya­an 1 perihal, proses dsb mencahayai atau mencahayakan. 2 penggunaan peralatan atau perkakas bagi mengeluar­kan cahaya dan penghasilan cahaya yg sesuai bagi sesuatu pementasan, penggambaran dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cahaya

Puisi
 

Terang bulan dipancar cahaya,
     Budak-budak ramai bermain;
Kanda kupandang nampak cahaya,
     Hatiku tidak ke tempat lain.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Tembaga menunjukkan senam,
     besi menunjukkan karat,
keris menunjukkan pamur,
     manikam menunjukkan cahaya.

Bermaksud :

Baik orang mahupun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya. pamur = baja putih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
māhī tābe( هبات ىهام )māhī( ىهام )māyeʻ( عيام )mobārak būdan( ندوب کرابم kereta bomba mesin taip mesin kira, kalkulator pemilik cukai mama, ibu, emak pegawai tinggal, baki sama, seperti bulan cahaya bulan kuali ikan cecair diberkati fire engine typewriter calculator proprietor, owner tax mama officer remain similar moon moonlight frying pan fish liquid to be blessed ندوب کرابم ىناشن شتآ نيشام representative felt salt salt-cellar chart sample, pattern new وـن نتخود هاگن Kamus Parsi.indb 145 5/18/11 9:02 AM 146 pita mesin taip pusingan, putaran sembilan puluh cahaya, nur norooz manis sembilan belas menulis, mencatat minum minuman puncak, hujung cucu (lelaki) cucu (perempuan) kerani tidak, bukan sembilan )navār-e tāyip( پيات راون )nowbat( تبون )navad( دون )nūr( رون

Kembali ke atas