Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cair] | چاءير

Definisi : 1. tidak keras dan tidak spt gas (boleh mengalir spt air), encer, tidak pekat: air raksa ialah benda yg ~; susu ~; logam kalau dipanaskan menjadi ~; 2. ki bocor (bkn rahsia, berita, dll); 3. menjadi lemah (kurang giat, kurang bersemangat, dsb): kekerasan hatinya ~ spt lilin terkena bahang api; 4. (Eko) mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ loler Kl terlalu cair; ~ otak pandai; mencair menjadi cair: lapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat; mencairkan 1. menjadikan sesuatu cair, mengencerkan: pemanasan itu ~ minyak yg beku; 2. (Eko) menukarkan aset kpd wang tunai: para pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yg terbeku selama setahun; 3. ki menjadikan perasaan (semangat dsb) berkurang atau lemah: suara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi; cairan sesuatu benda yg sudah dicairkan, enceran; kecairan 1. perihal cair; 2. (Eko) kebolehan utk menukarkan sesuatu aset kpd wang tunai dgn mudah dan cepat; 3. (Eko) adanya pembeli dan penjual yg mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pd harga yg berpatutan utk mengekalkan keadaan pasaran yg stabil; pencairan 1. proses mencair atau mencair­kan; 2. (Eko) proses menukarkan (menjual) aset kpd tunai bagi tujuan menjelaskan hutang syarikat; pencair bahan (spt air dsb) utk mencairkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cair] | چاءير

Definisi : 1 tidak keras dan tidak berupa gas tetapi dpt meleleh atau mengalir: Lilin akan menjadi ~ apabila dipanaskan. 2 terdapat airnya lebih banyak; lw pekat: larutan yg ~. mencair menjadi cair: Air batu ~ apabila berada dlm suhu yg tinggi. mencairkan menjadikan cair. cairan sesuatu yg cair; cecair. kecairan perihal atau keadaan cair: Disebabkan ~nya, bahan itu kurang berkesan. pencairan perihal, proses dsb mencair atau mencairkan: ~ air batu di kawasan pergu­nungan. pencair bahan yg mencairkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cair

Peribahasa

Pahamnya (fahamnya) bagai getah cair.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
washyadj 1. watery, cair: ~ soup, sup cair; a cup of ~ tea, secawan teh cair;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
meltvi 1. become liquid, menjadi cair, mencair: butter ~s when exposed to heat, mentega menjadi cair apabila terdedah kpd haba; the ice ~ed when the sun shone, ais menjadi cair apabila matahari bersinar; 2. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unmeltedadj tdk cair: ~ ice, ais yg tdk cair.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
diluteadj of low concentration, cair: ~ acid, asid cair;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weak11. watery, cair: a cup of ~ coffee, secawan kopi yg cair; 12. not reaching a good standard, lemah: his English is rather ~, bahasa Inggerisnya agak lemah; he is ~ in mathematics, dia lemah dlm matematik; the book is ~ on facts, buku itu lemah dr segi fakta; 13. done without enthusiasm or emphasis, tdk bermaya: she gave me a ~ smile, dia senyum tdk bermaya kpd saya; 14. (gram.) taste” is a ~ verb but “see” is a strong one, “taste” ialah kata kerja yg lemah, tetapi see” ialah kata kerja yg kuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
undilutedadj 1. tdk cair, pekat: ~ whisky, wiski yg tdk cair;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thin5. watery, cair: he complained that his rice porridge was ~, dia bersungut bubur nasinya terlalu cair;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wateryadj 1. containing a lot of water, cair: ~ coffee, kopi cair; 2. discharging or secreting water, berair: ~ wound, luka yg berair; 3. very pale in colour, suram, pudar: a ~ sun, matahari yg suram; the curtains were a ~ blue, langsir itu berwarna biru pudar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
runnyadj 1. tending to flow, cair: the butter is rather ~, mentega itu agak cair; 2. (of nose) berair.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thaw2. (of weather ) become warmer, cair: it must be ~ing – I can hear water dripping, tentu ais mulai cair – saya mendengar air menitis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas