Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cair] | چاءير

Definisi : 1. tidak keras dan tidak spt gas (boleh mengalir spt air), encer, tidak pekat: air raksa ialah benda yg ~; susu ~; logam kalau dipanaskan menjadi ~; 2. ki bocor (bkn rahsia, berita, dll); 3. menjadi lemah (kurang giat, kurang bersemangat, dsb): kekerasan hatinya ~ spt lilin terkena bahang api; 4. (Eko) mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ loler Kl terlalu cair; ~ otak pandai; mencair menjadi cair: lapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat; mencairkan 1. menjadikan sesuatu cair, mengencerkan: pemanasan itu ~ minyak yg beku; 2. (Eko) menukarkan aset kpd wang tunai: para pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yg terbeku selama setahun; 3. ki menjadikan perasaan (semangat dsb) berkurang atau lemah: suara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi; cairan sesuatu benda yg sudah dicairkan, enceran; kecairan 1. perihal cair; 2. (Eko) kebolehan utk menukarkan sesuatu aset kpd wang tunai dgn mudah dan cepat; 3. (Eko) adanya pembeli dan penjual yg mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pd harga yg berpatutan utk mengekalkan keadaan pasaran yg stabil; pencairan 1. proses mencair atau mencair­kan; 2. (Eko) proses menukarkan (menjual) aset kpd tunai bagi tujuan menjelaskan hutang syarikat; pencair bahan (spt air dsb) utk mencairkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cair] | چاءير

Definisi : 1 tidak keras dan tidak berupa gas tetapi dpt meleleh atau mengalir: Lilin akan menjadi ~ apabila dipanaskan. 2 terdapat airnya lebih banyak; lw pekat: larutan yg ~. mencair menjadi cair: Air batu ~ apabila berada dlm suhu yg tinggi. mencairkan menjadikan cair. cairan sesuatu yg cair; cecair. kecairan perihal atau keadaan cair: Disebabkan ~nya, bahan itu kurang berkesan. pencairan perihal, proses dsb mencair atau mencairkan: ~ air batu di kawasan pergu­nungan. pencair bahan yg mencairkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cair

Peribahasa

Pahamnya (fahamnya) bagai getah cair.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chlorinated polyetherpolieter berklorinKejuruteraanKejuruteraan KimiaPlastik yang tahan kakis terhadap asid cair, alkali cair, dan garam pada suhu yang kurang daripada 125�C dan juga tahan kakis terhadap asid hidroklorik, asid hidrofluorik, dan asid fosforik pada suhu yang kurang daripada 105�C. Plastik ini mereput apabila didedahkan kepada 60% asid sulfurik, 35% asid nitrik, aromatik dan keton. Sifat tahan kakis plastik ini berada di antara polivinil klorida dengan fluorokarbon.
acrilonitrile butadiene styreneakrilonitril butadiena stirenaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPlastik yang tahan kakis terhadap asid tak mengoksida, asid cair, alkali cair, aromatik, hidrokarbon terklorin, dan hidrokarbon alifatik pada suhu yang kurang daripada 65oC. Singkatan ABS.
liquid-metal pumppam logam cairKejuruteraanTiadaPam yang menggunakan logam cair sebagai bahan kerja atau bahan dingin.
colour wash paintingsapuan cair warnaKesenianTiadaTeknik mewarna dengan cat yang cair dalam lukisan cat air.
washbasuh; sapu cairKesenianTiada2. Sapu air: Teknik melukis dengan cat air yang cair dan nipis untuk mendapatkan kesan lut sinar.
freeze-thawbeku-cairGeografiTiadaSejenis proses luluhawa mekanikal di mana air akan membeku dan cair dalam rekahan - rekahan batuan menghasilkan tegasan ke atas dinding rekahan.
liquid-metal cooled reactorreaktor dingin logam cairKejuruteraanTiadaReaktor nuklear yang menggunakan logam atau aloi cair sebagai bahan dingin.
hordeninehordeninaKimiaTiadaAlkaloid yang terdapat dalam barli mencambah, larut dalam asid hidroklorik cair dan dalam natrium hidroksida cair, formula molekul C10H15ON.
mixed feed evaporatorpenyejat suapan tercampurKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejat yang larutan cair disuapkan ke dalam penyejat di bahagian tengah. Larutan cair dipekatkan dan dipam ke arah penyejat terakhir dan dipam semula ke dalam penyejat pertama hingga ke nilai kepekatan yang diingini. Penyejat ini mengurangkan bilangan pam tetapi masih memberikan ekonomi penyejat yang tinggi seperti kaedah penyejat suap belakang.
Eyring hole theoryteori lubang EyringKejuruteraanKejuruteraan KimiaTeori yang menerangkan fenomena resapan bukan elektrolit ke dalam larutan yang cair dengan anggapan bahawa cecair yang cair bersifat unggul yang terdiri daripada kekisi kuasihabluran yang mengandungi lubang. Resapan molekul berlaku apabila bahan yang melarut melompat dan memenuhi lubang dalam sistem kekisi. Dengan ini, resapan dijelaskan sebagai proses ekamolekul dan kadar resapan boleh dihubungkan dengan teori kadar tindak balas Eyring.
12345678910...

Kembali ke atas