Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[caj] | چج

Definisi : 1. bayaran yg perlu utk sesuatu per­khidmatan atau barang yg dibeli: kenaikan ~ perkhidmatan sebanyak 500 peratus yg dikenakan oleh LKIM; 2. mengenakan harga (pd barang, perkhidmatan): apa fasal kau ~ lebih? 3. pertuduhan (dlm mahkamah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata caj


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "exchange charges" - "caj penukaran" atau "caj pertukaran"? Saya masih tidak jelas akan perbezaan antara "penukaran" dan "pertukaran" berdasarkan hasil carian definisi di PRPM. Terima kasih.Dalam bidang ekonomi ada istilah value exchange yang diterjemahkan kepada nilai pertukaran. Oleh itu, kami mencadangkan exchange charges diterjemahkan kepada caj pertukaran.Penyemakan dan penterjemahan18.06.2018
manakah penggunaan yang betul: 1. Apa jua caj perkhidmatan; atau 2. Apa-apa jua caj perkhidmatan Saya meragui penggunaan 'apa-apa jua'. Sekian, terima kasihAyat yang betul ialah "Apa-apa jua caj perkhidmatan". Apa digunakan dalam ayat tanya dan apa-apa digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa.Tatabahasa14.09.2011
Adakah frasa 'dapat dikenakan bayaran dengan betul' suatu terjemahan yang tepat bagi istilah 'properly chargeable'? Terima kasihCadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah boleh caj /boleh dikenakan caj dengan betul.  Istilah15.04.2009
berapakah caj yang dikenakan untuk menyemak ejaan bagi cetakan risalah produk racun perosak? (hanya 1 muka surat)Sila e-melkan dokumen tersebut kepada puan Putri Aishah Megar Ramli melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my.Penyemakan dan penterjemahan17.04.2015
Berapa kadar caj untuk satu perkataan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu ?Kami tidak menyediakan khidmat terjemahan, untuk mengetahui maklumat urusan terjemahan  puan boleh merujuk Persatuan Penterjemahan Malaysia melalui talian 03-92262506.Lain-lain11.09.2015
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan untuk ayat yang bagaimana kita menggunakan perkataan "berbeza" dan "berbeza-beza"? Adakah "Bayaran & caj mungkin berbeza-beza mengikut yuran & caj standard" merupakan terjemahan yang tepat untuk "The fees & charges may vary according to the standard fees & charges"? Terima kasih.Pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu berbeza daripada pemerintahan mengikut kaedah persatuanAdat itu mempunyai tafsiran yang berbeza antara ahli-ahli penganutnya. Berdasarkan contoh ayat, berbeza menunjukkan kelainan antara satu benda/perkara dengan satu benda/perkara lagi, manakala berbeza-beza mempunyai beberapa kelainan. Oleh itu, ayat yang betul "Bayaran dan caj mungkin berbeza mengikut yuran dan caj standard."Penyemakan dan penterjemahan09.12.2019
Salam, Betulkah ayat ini? Tiada sebarang caj dikenakan ke atas dana ini buat masa sekarang.Ayat "Tiada sebarang caj dikenakan ke atas dana ini buat masa sekarang " betulTatabahasa30.07.2018
Salam DBP, Betulkah ayat ini? Tiada sebarang caj dikenakan ke atas dana ini buat masa sekarang.Ayat "Tiada sebarang caj dikenakan ke atas dana ini buat masa sekarang" betul.Tatabahasa30.07.2018
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Bagi teks Bahasa Inggeris "20 Days Interest Free Offer", yang mana satukah merupakan terjemahan yang betul: a) "Tawaran Bebas Caj Faedah 20 Hari"; atau b) "Tawaran 20 Hari Bebas Caj Faedah"? Sekiranya terdapat lebih dari satu adjektif yang menyifatkan sesuatu perkara (cth: big bad savage-looking wolf), apakah aturan yang betul apabila menterjemahkan adjektif-adjektif tersebut? Terima kasih.Padanan terjemahan yang betul ialah: Tawaran Tanpa Caj Faedah 20 Hari. Teknik terjemahan boleh saudara ketahui dengan merujuk buku Teori dan Teknik Penterjemahan oleh Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan terbitan Persatuan Penterjemah Malaysia atau buku Panduan Menterjemah oleh Ainon Mohd. terbitan DBP.
Penyemakan dan penterjemahan04.06.2018
KESALAHAN GAGAL BAYAR CAJ PENYENGGARAAN (Seksyen 25 & 52, Akta 757) PENDAKWAAN KE MAHKAMAH DENDA TIDAK MELEBIHI DARI RM5,000.00 ATAU DIPENJARA TIDAK MELEBIHI 3 TAHUNATAU KEDUA-DUANYA & RM50 BAGI TIAP-TIAP HARI KESALAHAN ITU BERTERUSAN SELEPAS SABITAN KESALAHAN GAGAL BAYAR CAJ PENYENGGARAAN (Seksyen 25 & 52, Akta 757) PENDAKWAAN KE MAHKAMAH DENDA TIDAK MELEBIHI DARI RM5,000.00 ATAU DIPENJARA TIDAK MELEBIHI 3 TAHUNATAU KEDUA-DUANYA & RM50 BAGI TIAP-TIAP HARI KESALAHAN ITU BERTERUSAN SELEPAS SABITANMohon kemukakan soalan puan.Lain-lain17.11.2015
1234

Kembali ke atas