Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca/.na] | چقنا

Definisi : Tr ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakna


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera Tuan/Puan Di sini saya inginkan kepastian maksud perkataan Cakna. Boleh kah saya menggunakan perkataan Cakna dalam tajuk ini... CAKNA PENGURUSAN REKOD Sekian Terimakasih.Salam sejahtera,

Cakna bermaksud ambil peduli atau ambil berat. Manakala tentang tajuk pula, dicadangkan Mencakna Pengurusan Rekod.
Istilah22.09.2015
Assalamualaikum, saya nak bertanya... Adakah perlu letak mengambil walaupun 'cakna' sudah bermaksud ambil berat ?Perkataan mengambil tidak perlu hadir sebelum kata cakna, contohnya "sayalah yang cakna makan minum ayah kau".Makna02.01.2013
Adakan perkataan 'cakna' telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi dan boleh digunakan dalam penulisan diperingkat peperiksaan awam?Dalam Kamus Dewan perkataan cakna dilabelkan sebagai dialek Terengganu dan lazimnya penggunaannya lebih banyak ditemukan dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanapun dalam pangkalan data kami banyak juga ditemukan judul buku atau makalah yang berkaitan cakna seperti Siri Cakna Bahasa: Antonim dan Siri Cakna Bahasa: Simpulan Bahasa. Berdasarkan dapatan tersebut kita dapati penggunaan kata cakna semakin meluas dan digunakan dalam ranah rasmi.Istilah14.10.2012
BUDAYA CAKNA AMALAN KAMI KERJASAMA KERJA SAMA-SAMA 2 rangkap lagu di atas adalah lagu institut tempat saya bertugas. Saya musykil dengan perkataan kerja sama-sama kerana pada pendapat saya perkataan yang sepatutnya ialah kerja bersama-sama. Adalah pendapat saya benar?

Encik Rosli,

Perkataan yang yang betul ialah bekerjasama atau bekerja bersama-sama.

Tatabahasa12.02.2010
Bolehkan perkataan 'cakna' digunakan dalam karangan penulisan diperingkat UPSR,PMR atau SPM.Adakah perkataan ini diterima oleh lembaga peperiksaan.Cakna membawa makna - merupakan dialek Negeri  Terengganu iaitu ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.

Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya.    
Tatabahasa10.10.2012
maksud perkataan cakna, pewaris

Sdr. Mohd Zubir, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Cakna membawa makna - daripada terengganu - ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.

manakala pewaris bermakna - orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri.

 

Makna26.04.2009
Sekiranya kita menulis sebuah karangan bolehkah kita memasukkan dialek contohnya : cakna ,Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya.    Istilah18.08.2009
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin bertanya, adakah wujud kata terbitan "Kecaknaan" daripada kata dasar "Cakna", yang membawa maksud "perihal mengambil berat atau keprihatinan"? Terima kasih.Perkataan tersebut boleh dibentuk hasil daripada gabungan apitan ke-...-an dan cakna. Walau bagaimanapun perkataan kecaknaan agak asing dalam kalangan pengguna bahasa.Tatabahasa20.06.2014
Penggunaan perkataan sehari- hari dialek johor- riau- lingga boleh diguna pakai dalam karangan, puisi moden dan sebagainya dalam bahasa melayu? Sebagai contoh, perkataan cakna, sangap dan bareng. Terima kasih.Tidak semua dialek setempat boleh diterima dalam konteks rasmi kerana dialek tidak difahami oleh semua khalayak. Bagi memilih kata yang sesuai, kami mencadangkan tuan merujuk kamus, kata yang tidak lazim didengar dan dilabelkan sebagai bp (bahasa percakapan) hendaklah dielakkan penggunaannya.Tatabahasa05.10.2014
Selamat sejahtera, Apakah status perkataan 'kecaknaan'? Adakah ia tidak diterima dalam penggunaan ayat? Sedangkan saya melihat banyak contoh penggunaan perkataan tersebut dalam rencana dan berita di surat khabar. Terima kasih.

Cakna ialah kata kerja yang mempunyai maksud ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan kecaknaan boleh dibentuk hasil daripada gabungan apitan ke-...-an dan cakna.

Tatabahasa19.08.2019
12

Kembali ke atas