Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.lar] | چالر

Definisi : garis bekas kena sesuatu yg tajam (spt cakar, jarum, duri, dll); bercalar mempunyai calar, bergaris, ber­gores: Yusof balik ke rumah dgn mukanya yg ~; mencalarkan membuat calar (pd sesuatu), menggoreskan; tercalar 1. tergaris, tergores; 2. ki menjadi rosak, menjadi tidak baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.lar] | چالر

Definisi : garis bekas kena sesuatu yg tajam (spt cakar, duri): ~-balar calar yg banyak; penuh dgn calar. bercalar ada calar (pd kulit dll); bergaris. mencalar membuat calar pd sesuatu; menjadikan sesuatu bercalar. mencalarkan menggunakan sesuatu utk membuat calar; menggores­kan. tercalar 1 tergaris. 2 ki sudah menjadi tidak baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan perlu meletakkan tanda sempang atau tidak perlu dalam menulis perkataan cucu cicit, hiruk pikuk, bengkang bengkok, calar balar, sumpah seranah. Apa formula yang mudah digunakan untiuk perkataan begini untuk diletak sempang atau tidak. Terima kasih.Kata ganda dieja dengan tanda sempang. Kekeliruan timbul apabila beberapa frasa seperti bukit bukau dan sampah sarap dieja tanda sempang. Hal ini demikian kerana bukit bukau dan sampah sarap ialah frasa nama kerana kedua-dua perkataan dalam frasa tersebut mempunyai makna, dan bukan kata ganda.Ejaan06.08.2018

Kembali ke atas