Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.lon] | چالون

Definisi : 1. orang yg akan, atau dicadangkan utk, menjadi, bakal pemegang sesuatu jawatan (spt bakal pegawai dll); ~ guru orang yg sedang dididik utk menjadi guru; ~ menantu bakal menantu; 2. orang yg dicadangkan supaya dipilih menjadi wakil rakyat (ketua, penge­rusi, dll): semua ~, walau apa keturunan sekalipun, akan diberi layanan yg sama dlm pilihan raya Persekutuan; ~ bebas seseorang yg bertanding dlm pilihan raya tanpa mewakili mana-mana parti politik; 3. orang yg akan mengambil peperiksaan atau ujian; mencalonkan mencadangkan nama seseorang utk dipilih, mengemukakan sbg calon; pencalonan perihal atau perbuatan men­calonkan, pengemukaan nama seseorang sbg calon: Yang di-Pertuan Agong boleh dipilih semula dgn syarat semua Raja Melayu yg lain menolak ~ utk jawatan tersebut; pencalon orang (pihak) yg mencalonkan atau mengemukakan calon: ~ hendaklah mengemukakan satu nama sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.lon] | چالون

Definisi : 1 orang yg akan menjadi (pegawai dsb); bakal: ~ menantu bakal menantu. 2 orang yg dicadangkan supaya dipilih (utk menjadi wakil rakyat dll): ~-~ yg tidak memenuhi syarat-syarat pilihan raya yg telah ditetapkan akan ditolak. 2 orang yg akan mengambil peperiksaan atau ujian. mencalonkan mencadangkan se­­­seorang sbg calon: Beliau telah ~ Ahmad utk memegang jawatan itu. pencalonan perbuatan atau hal mencalonkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calon


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Calon SuamiNazrie Haslieanie Mohd Kobrii-Remaja1 February 2007
Calon Isteri AbahRahmaniah KantanKeluarga Harmoni1 June 2006
Calon PengantinZaini, MarhalimHorison1 February 2005
Calon jantan ke arah dua lorongArena WatiDewan Sastera1 February 2005
Calon Isteriku lKori Ariff HarunWanita1 December 1994
Calon jantanArena WatiDewan Sastera1 January 2005
CalonHasidah DisanAl Islam1 August 2001
Seorang calon penyair muda Indonesia dari jauh meratap revolusi Hongaria, 1956Taufiq IsmailHorison1 May 2008
Kelemahan Calon Lisan Bahasa MelayuMohd. Hashim OsmanPelita Bahasa1 January 2002
Hanya calon 'bersih' yang layakAbdul Samad IsmailDewan Masyarakat1 February 1995
123

Kembali ke atas