Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.lon] | چالون

Definisi : 1. orang yg akan, atau dicadangkan utk, menjadi, bakal pemegang sesuatu jawatan (spt bakal pegawai dll); ~ guru orang yg sedang dididik utk menjadi guru; ~ menantu bakal menantu; 2. orang yg dicadangkan supaya dipilih menjadi wakil rakyat (ketua, penge­rusi, dll): semua ~, walau apa keturunan sekalipun, akan diberi layanan yg sama dlm pilihan raya Persekutuan; ~ bebas seseorang yg bertanding dlm pilihan raya tanpa mewakili mana-mana parti politik; 3. orang yg akan mengambil peperiksaan atau ujian; mencalonkan mencadangkan nama seseorang utk dipilih, mengemukakan sbg calon; pencalonan perihal atau perbuatan men­calonkan, pengemukaan nama seseorang sbg calon: Yang di-Pertuan Agong boleh dipilih semula dgn syarat semua Raja Melayu yg lain menolak ~ utk jawatan tersebut; pencalon orang (pihak) yg mencalonkan atau mengemukakan calon: ~ hendaklah mengemukakan satu nama sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.lon] | چالون

Definisi : 1 orang yg akan menjadi (pegawai dsb); bakal: ~ menantu bakal menantu. 2 orang yg dicadangkan supaya dipilih (utk menjadi wakil rakyat dll): ~-~ yg tidak memenuhi syarat-syarat pilihan raya yg telah ditetapkan akan ditolak. 2 orang yg akan mengambil peperiksaan atau ujian. mencalonkan mencadangkan se­­­seorang sbg calon: Beliau telah ~ Ahmad utk memegang jawatan itu. pencalonan perbuatan atau hal mencalonkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calon


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Calon-calon SPM dipelawa sertai seminarTiadaBintang Timur09.09.1981
Calon-calon SPM diarah duduki semula kertas bahasa Malaysia 2TiadaUtusan Melayu10.11.1989
Hari menamakan calon-calonPak Pandir ModenUtusan Malaysia24.07.1986
Panduan kepada calon-calon penulisKamaluddin LelaMingguan Timur01.07.1979
Bahasa Malaysia untuk calon-calon SPM/MCEMohd Nadzar ShariffUtusan Malaysia29.09.1973
Tatabahasa mesti di patuhi calon-calon periksaMohd Nadsar ShariffBerita Minggu28.10.1973
Tokoh-tokoh sastera akan bimbing calon-calon penulis Melaka 3 bulanTiadaBerita Minggu09.05.1982
Calon YBAtui DtabasanHarian Ekspress25.05.2008
Calon Isteri TukIsmail HashimWarta Perdana09.12.2007
Calon tunggal Malaysia: '1957' Hati Malay terpilih ke KLIFF' 07Tengku Suzana Raja HamatKosmo22.11.2007
12345678910...

Kembali ke atas