Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calon 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara maksud kata calon dengan bakal???? bagaimanakah cara untuk membezakannya??????

Kaedah paling mudah untuk membezakannya adalah dengan merujuk makna kedua-dua perkataan tersebut dalam Kamus Dewan,DBP.  “Calon”  (1) orang yang akan, atau dicadangkan untuk, menjadi, bakal pemegang sesuatu jawatan (seperti bakal pegawai) calon guru orang yg sedang dididik untuk menjadi guru; calon menantu bakal menantu;  (2) orang yang dicadangkan supaya dipilih menjadi wakil rakyat (ketua, pengerusi contoh ayat: semua calon walau apa keturunan sekalipun, akan diberi layanan yang sama dalam pilihan raya Persekutuan; makna (3) orang yg akan mengambil peperiksaan atau ujian contohnya calon UPSR. Bakal mempunyai hanya dua makna (1). seseorang yg akan menjadi atau dijadikan (isteri, suami, presiden, ketua, calon: bakal suami; 2. akan, hendak: seminar yang bakal diadakan di DBP. Jelas, perkataan “calon” dan “bakal” hanya sinonim dalam makna (1). Seperkara lagi,  “calon” mesti manusia tetapi “bakal” ada maksud akan, hendak (makna kedua untuk “bakal”. Konteks ayat akan membezakan makna dengan jelas.

Makna13.02.2014
1. Setiap calon 2. Setiap penduduk betul?Frasa "setiap penduduk" dan "setiap calon"  adalah betul.Tatabahasa21.04.2014
1. Semua calon peperiksaan dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2. Cikgu sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang. 3. John membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman. Adakah ketiga-tiga ayat tersebut betul @ terdapat kesalahan? Terima kasih1. Semua calon peperiksaan dikehendaki menghantar kertas jawapan.
2. Cikgu sedang memerhati murid-muridnya bersenam di padang.
3. John membeli banyak cenderamata ketika melancong di Pulau Tioman.
Tatabahasa09.09.2015
Ayat manakah yang betul. 1.Semua calon peperiksaan itu dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2. Cikgu Ali sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang. 3. Ahmad membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman.Ayat yang betul ialah:

1.Semua calon peperiksaan itu dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan.

3. Ahmad membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman.
Lain-lain09.09.2015
Adakah dua ayat di bawah ini adalah betul? Kalau salah ,mengapa? 1)Semua calon peperiksaan itu dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2)Cikgu Lim sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang.Ayat yang lebih gramatis 1) Semua Calon peperiksaan dikehendaki menghantar kertas jawapan 2) Cikgu Lim Sedang memerhati murid-muridnya bersenam di padang.Tatabahasa09.09.2015
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ayat berikut sama ada betul atau salah: 1)Semua calon peperiksaan itu dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2)Cikgu Badli sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah "Semua calon peperiksaan itu dikehendaki  menghantar kertas jawapan..." dan "Cikgu Badli sedang memerhatikan murid-muridnya bersenam di padang".Tatabahasa14.09.2015
Tuan, (a) Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Encik Lim memperisterikan anaknya dengan calon angkasawan. ATAU 2. Encik Lim memperisteri anaknya dengan calon angkasawan. (b) Peribahasa manakah betul: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi. ATAU 2. Harapkan pegar, pegar makan padi. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
Encik Lim memperisterikan anaknya dengan calon angkasawan. (jika anak Encik Lim ialah lelaki)
Encik Lim mempersuamikan anaknya dengan calon angkasawan. (jika anak Encik Lim ialah perempuan)


Untuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk peribahasa yang sedia ada, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi." kerana peribahasa  tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.
Lain-lain22.01.2019
Assalamualaiukm DBP 1. Saya ingin bertanya, adakah terdapat sebarang kekosongan jawatan terkini di DBP? 2. Bilakah tarikh keputusan temuduga untuk jawatan tetap (Perancang Bahasa S41) iklan 3/2020 akan diumumkan kepada calon temu duga? Bagaiamana calon dapat tahu berjaya/gagal? Mohon respon Tuan, tk.

Salam sejahtera.

KEKOSONGAN JAWATAN DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa, pada masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka belum ada kekosongan jawatan. Walau bagaimanapun, tuan bolehlah menyemak maklumat berkenaan iklan kekosongan jawatan ini melalui laman web DBP: http://lamanweb.dbp.gov.my/ dari semasa ke semasa.

Dimaklumkan juga bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya, akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain04.06.2021
Soalan no.1 Tuan, selepas titik bertindih, adakah maklumat selepas itu mesti dimulakan dengan huruf besar? Contoh: Calon seharusnya dapat: (a) Mentakrifkan hadith marfu‘, mawquf, dan maqtu‘; (b) Mengemukakan pendapat ulama tentang hukum beramal dengan hadith marfu‘, mawquf, dan maqtu‘. Soalan no.2 Bagaimana dengan tanda baca pada setiap poin. Perlu diletak tanda noktah atau koma bertitik?Penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) yang menggunakan tanda titik bertindih (:) adalah untuk menunjukkan keterangan yang boleh berdiri sendiri. Jika saudara menggunakan tanda koma bertitik (;) perlulah menggunakan huruf kecil pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) kerana ayat tersebut merupakan satu kesatuan. Ringkasnya, penggunaan huruf besar atau huruf kecil pada permulaaan ayat yang menggunakan (i), (ii) dan (iii) bergantung pada penggunaan tanda titik bertindih (:) ataupun tanda koma bertitik (;). Jika saudara menggunakan tanda titik bertindih (:), maka permulaan ayat perlu menggunakan huruf besar. Jika menggunakan tanda koma bertitik (;) perlu menggunakan huruf kecil pada permulaaan ayat.Tatabahasa28.02.2013
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang.Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital.Lain-lain04.11.2010
12

Kembali ke atas