Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam.bu/] | چمبوق

Definisi : 1. tali yg bertangkai utk menyebat, menggertak binatang, dsb, cemeti, sambuk; 2. ki penggalak, perangsang: penghinaan yg biasa didengarnya dr mulut orang di Ambon telah menjadi ~ baginya akan menyelidiki suku bangsanya yg asli itu sedalam-dalamnya; mencambuk 1. menyebat dgn cambuk; 2. ki mengerah agar menurut (bekerja dll); pencambukan perihal (perbuatan, tindakan dsb) mencambuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cam.bu/] | چمبوق

Definisi : tali yg diberi bertangkai atau berhulu dan digunakan utk menyebat; cemeti. mencambuk 1 menyebat dgn cambuk. 2 ki menggesa agar menurut, melakukan sesuatu dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cambuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud perkataan 'melecut' ? sertakan ayat contoh sekali.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna dan contoh ayat/frasa adalah seperti yang berikut:

bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk;

  • melecut

    1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan;
  • melecutkan

    1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan;
  • lecutan

    pukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat;
  • pelecut

    alat utk melecut, cambuk, cemeti.
Makna02.10.2009

Kembali ke atas