Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campur 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Padanan perkataan “whole” dalam ayat di bawah ini ialah “tulen”. Adakah ia tepat atau mempunyai padanan lain yang lebih sesuai? Mixed spice 333. (1) Mixed spice shall be the mixture of two or more types of spices, whether whole or ground and includes curry powder and curry paste. Rempah campur 333. (1) Rempah campur hendaklah campuran dua atau lebih jenis rempah, sama ada tulen atau dikisar, dan termasuklah serbuk kari dan pes kari.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "whole" dalam ayat tersebut ialah tulen atau seluruh bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.Lain-lain01.07.2021
Dalam ayat di bawah ini perkataan bagi "soft drink premix" telah dipadankan dengan "minuman ringan siap campur".Melalui semakan, terdapat istilah “premix coffee” yang dipadankan sebagai “kopi pracampur" yang perkataan "premix" berada di hadapan bukan di belakang seperti perkataan "soft drink premix". Apakah padanan yang sewajarnya bagi perkataan "soft drink premix" dalam ayat di bawah ini. Soft drink base or soft drink premix 355. (1) Soft drink base or soft drink premix shall be a preparation in liquid form or solid form that, when diluted and made up in accordance with the directions stated in the label will produce fruit juice drink, fruit drink or flavoured drink, as the case may be, complying with the standard prescribed in regulations 352, 353 and 354 respectively. Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur 355. (1) Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur adalah ialah sediaan dalam bentuk cecair atau pepejal yang, apabila dicairkan dan dibuat mengikut arahan yang dinyatakan pada labelnya, akan menghasilkan minuman jus buah, minuman buah atau minuman berperisa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mematuhi standard yang ditetapkan dalam peraturan 352, 353 dan 354 masing -masingnya.Padanan kata dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi "soft drink premix" ialah minuman ringan siap campur atau minuman ringan pracampur. Kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain18.07.2021
salam 1 malaysia, Adakah ayat berikut sesuai digunakan. mohon pembetulan (jika perlu) Selain itu, dasar penempatan guru baharu dan pertukaran guru perlu dibuat pada awal tahun (januari) supaya tidak tidak menggangu PdP dalam bilik darjah serta pengurusan sekolah yang lain. Untuk meminimumkan masalah akibat daripada permasalahan ini, pihak KPM dan JPN perlu tegas dan tidak boleh ada campur tangan politik dalam hal tersebut, sebagaimana yang dicadangkan oleh pentabir sekolah dalam kajian ini. terima kasih. sekianSelain itu, dasar penempatan guru baharu dan pertukaran guru perlu dibuat pada awal tahun (bulan Januari) supaya tidak tidak menggangu PdP dalam bilik darjah serta pengurusan sekolah yang lain. Untuk meminimumkan masalah akibat permasalahan ini, pihak KPM dan JPN perlu tegas dan tidak boleh ada campur tangan politik dalam hal tersebut, sebagaimana yang dicadangkan oleh pentabir sekolah dalam kajian ini. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my) dan buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa28.09.2015
Saya pelajar sarjana ukm dan sedang membuat kajian tentang "code switching" antara bahasa malayu dan bahasa inggeris. Soalan saya: 1. Apakah pandangan DBP tentang perkembangan lagu2 yang kini menggunakan bahasa campur antara bahasa melayu dan bahasa inggeris? 2. Pada pandangan DBP, Apakah kesannya terhadap pendengar dan perkembangan bahasa melayu?

Saudara,

Jawapan kepada soalan yang dikemukakan memerlukan sauadara membuat kajian dan penyelidikan. Oleh yang demikian disarankan saudara membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu melalui khidmat1@dbp.gov.my.

 

Lain-lain17.10.2009
Salam. 1. Adakah governan boleh diistilahkan sebagai tadbir urus? Ayat: mempraktikkan faktor-faktor governan yang baik dalam program khidmat masyarakat? Perbezaan governan dan tadbir urus ada beza ke? 3. ayat:bertambahnya pengantaramukakan antara pihak berkepentingan pengantaramukakan wujudkah dalam bahasa melayu.
  1. Istilah yang tepat ialah “tadbir urus”. Berdasarkan data kami, istilah “tadbir urus” merupakan padanan bagi istilah “governance”.
  2. Penggunaan kata pemeri “ialah” pada contoh ayat yang diberikan adalah betul.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan pengantaramukaan yang bermaksud proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dan lain-lain yang berlainan supaya dapat saling berhubung. Namun, istilah ini digunakan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan yang sesuai digunakan ialah campur tangan.

Tatabahasa22.12.2021
1. apakah makna digniti? bolehkah pihak tuan memberi definisi yang tepat untuk perkataan tersebut? 2. adakah perkataan diskusi diterima dalam bahasa melayu? 3. bagaimanakah bentuk penulisan kata majmuk apabila digabungkan dengan kata terbitan? bolehkah pihak tuan memberikan beberapa contoh penulisan tersebut?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, digniti bermaksud 1. sifat yg mulia, kemuliaan, kebesaran: mereka menganggap kerja mereka sbg satu profesion yg mempunyai maruah dan ~ tersendiri; 2. kedudukan (gelaran, pangkat, dll) yg tinggi: sudah sampai masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri.

2. Perkataan diskusi diterima pakai dalam bahasa Melayu.

3. Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Contohnya campur aduk -> mencampuradukkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75.

Istilah14.10.2009
1. Adakah betul ayat ini " Saya tersenyum apabila tiap kali pulang..." perkataan tiap bukankah sepatutnya ditukar kepada perkataan setiap atau tiap-tiap kerana perkataan tiap tidak mempunyai maksud. Tlg jelaskan alasannya. 2. nyatakan sebab kesalahan penggunaan bahasa Inggeris dalam ayat bahasa Melayu? sebagai contoh : Saya perlu bergerak ke check point seterusnya. 3. Adakah titian Siratul Mustaqim kata pinjaman arab dalam bahasa Melayu? Berikan alasan yang jelas. 4. "RAKAN saya" adakah ayat ini boleh dikatakan kesalahan bahasa kerana menggunakan huruf besar?1. Klausa tersebut betul kerana tiap sama maknanya dengan setiap dan tiap-tiap.
2. Terjemahan check point dalam bahasa Melayu ialah tempat pemeriksaan. Oleh itu, penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam ayat tersebut menjadikan bahasa yang bercampur-campur atau disebut bahasa rojak.
3. Perkataan siratalmustakim dipinjam daripada bahasa Arab.
4. Kesalahan penggunaan tanda baca. Perkataan rakan ialah kata umum dan tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali apabila kesemua perkataan ditulis dengan huruf besar.  
Tatabahasa23.03.2012
Bagaimana hendak membezakan antara kata majmuk dengan frasa?1) daun kering ,bilik muzik, buah pisang digolong dalam frasa atau kata majmuk? 2) bertepuk tangan, sedang bernyanyi,sangat suka,di taman, seekor rama-rama digolong dalam frasa atau kata majmuk? Minta buat penjelasan...terima kasihKata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku.

1. Daun kering - Frasa nama
2. Bilik muzik - Kata nama
3. Buah pinang - Kata nama
4. Bertempuk tangan - Kata kerja
5. Sedang bernyanyi - Kata kerja
6. Sangat Suka - Kata adjektif
7. Di taman - Frasa sendi nama
8. Seekor rama-rama - Kata nama
Tatabahasa09.09.2017
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:1">

  1. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster. 1">
  2. Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 1">
  3. Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.1">
  4.  Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya. 1">
  5. Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat. 1">
  6. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali. 1">
  7. Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 1">
  8. Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan. 1">
  9. Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 1">
  10. Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.1">
  11. Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya. 1">
  12. Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 1">
  13. Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka. 1">
  14. Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 1">
  15. Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar. 1">
  16. Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.1">
  17. Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 1">
  18. Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 1">
  19. Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.1">
Tatabahasa20.01.2015
Assalamualaikum& salam sejahtera, saya ingin bertanya bagaimana untuk membezakan kata majmuk dan frasa?

Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku.

1. Daun kering - Frasa nama
2. Bilik muzik - Kata nama
3. Buah pinang - Kata nama
4. Bertempuk tangan - Kata kerja
5. Sedang bernyanyi - Kata kerja
6. Sangat Suka - Kata adjektif
7. Di taman - Frasa sendi nama
8. Seekor rama-rama - Kata nama

Tatabahasa26.07.2018
12

Kembali ke atas