Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam.pu.ran] | چمڤورن

Definisi : 1. sesuatu yg bercampur; 2. benda­-benda yg dicampurkan atau utk dicampurkan; 3. gabungan, sebatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cam.pu.ran] | چمڤورن

Definisi : 1 sesuatu yg sudah bercampur. 2 benda-benda yg dicampurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campuran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bagi “tea mix”. Adakah ia “teh campuran” atau “campuran teh”?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: 


tea mix - campuran teh


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain01.07.2021
Perkataan "campuran" adakah digunakan dihujung nama atau dipangkal nama. contohnya: campuran serbuk kunyit atau serbuk kunyit campuran, yang mana satu yang tepat.

Jawapan yang betul ialah campuran serbuk kunyit. Terima kasih.

Tatabahasa21.05.2008
Apakah tafsiran yang tepat bagi istilah "Mixed seeds" dalam bahasa melayu? Adakah ia "campuran biji-bijian" atau "campuran biji" ? Seeds yang dimaksudkan ialah seperti biji bunga matahari (sunflower seeds) dan biji labu (pumpkin seeds). Mohon pencerahan. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mixed seeds ialah bijian campuran. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.08.2023
Tuan/Puan Harap Tuan/Puan dpt menyatakan ayat yg gramatis: 1A) Dekatkan sebatang magnet ke campuran itu. 1B) Dekatkan sebatang magnet kepada campuran itu. Bahasa sasaran: A mixture is made up of two substances combined physically, for example, by stirring. Bahasa terjemahan: Campuran terdiri daripada dua bahan yang bergabung secara fizikal, misalnya secara tindakan mengacau. Adakah bahasa terjemahan dalam BM di atas betul? Terima kasih.1. Ayat yang gramatis ialah dekatkan sebatang magnet kepada campuran itu.
2. Campuran terdiri daripada dua bahan yang bergabung secara fizikal, misalnya secara mengacau.
Tatabahasa11.07.2012
Apakah padanan yang sesuai bagi "botanical beverage mix" seperti dalam ayat di bawah ini. Sama ada "campuran minuman botani" atau "minuman botani campuran.? Botanical beverage mix 356. (1) Botanical beverage mix shall be a preparation made from the edible portions or extract of plants or herbs, with or without sweetening substance and other food, and includes herbal beverage mix. Campuran minuman botani 356. (1) Campuran minuman botani hendaklah suatu penyediaan yang dibuat daripada bahagian boleh dimakan atau ekstrak tumbuhan atau herba, dengan atau tanpa bahan pemanis dan makanan lain, dan termasuklah campuran minuman herba.Kedua-dua padanan kata bahasa Melayu iaitu campuran minuman botani atau minuman botani campuran boleh digunakan.Lain-lain18.07.2021
Saya Usamah Bin Mazlan belajar Bahasa Melayu dasar Universiti Fatoni ingin bertanya tentang tata bahasa apakah maksud Ayat Campuran? Terima kasihAyat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat sedemikian panjang. Sebagai contoh "Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur".  Tatabahasa03.11.2015
"Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". Soalan saya adalah: 1) adakah ayat di atas merupakan ayat majmuk campuran? 2) Mengapakah ia dikatakan ayat majmuk campuran? Saya ingin menyiapkan tugasan.Terima kasih."Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". - ayat ini ialah ayat majmuk campuran yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 519.Tatabahasa10.11.2010
Memasak. ' Letakkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, atau 'masukkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, yanag mana betul.Yang betul ialah 'Masukkan sedikit garam'.Tatabahasa20.12.2007
Bolehkah rencaman menggantikan pelbagai? Contoh: Terdapat rencaman faktor yang menyebabkan kemalangan.Rencaman bermaksud campuran bermacam-macam, contoh makanan rencaman atau pekerja rencaman. Perkataan ini boleh menggantikan pelbagai dengan melihat konteks penggunaannya dalam ayat, misalnya jika melibatkan campuran bermacam-macam benda dan sebagainya. Oleh itu rencaman faktor tidak betul sebaliknya digunakan pelbagai faktor.Tatabahasa01.11.2010
APAKAH PERBEZAAN ANTARA BAHASA KREOLE DAN BAHASA PIJIN?Mengikut takrifan secara lateral Kamus Dewan bahasa pijin ialah bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain.  Manakala bahasa kreol ialah  bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu.Makna28.05.2009
12345

Kembali ke atas