Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam.pu.ran] | چمڤورن

Definisi : 1. sesuatu yg bercampur; 2. benda­-benda yg dicampurkan atau utk dicampurkan; 3. gabungan, sebatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cam.pu.ran] | چمڤورن

Definisi : 1 sesuatu yg sudah bercampur. 2 benda-benda yg dicampurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campuran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERAJAAN CAMPURAN UMUM 
PENDIDIKAN CAMPURAN UMUM 
AMPAIAN

Ampaian ialah satu campuran dengan sesuatu

bahan terasing daripada cecair atau gas secara perlahan.

Setiap partikel (zarah) mengandungi banyak atom

atau molekul. Ampaian dapat dilihat dalam bentuk

campuran dua bahan berlainan.

UMUM 
KROMATOGRAFI

Kromatografi ialah kaedah memisahkan bahan-bahan

yang membentuk campuran. Pemisahan ini

dilakukan dengan melakukan campuran dalam bahan

penjerap (lihat Penyerapan dan penjerapan).

UMUM 
TURUS PLATSejenis peralatan yang terdapat dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran gas atau cecair bagi menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Proses pemisahan yang menggunakan turus plat ialah penyulingan dan penyerapan. Di dalam turus plat terdapat sejumlah plat yang diatur di atas satu sama lain pada satu jarak yang tertentu. Jumlah plat di dalam turus bergantung pada jenis komponen dalam campuran yang perlu dipisahkan dan juga tahap pemisahan yang diperlukan. Plat-plat ini berfungsi sebagai medium penyentuh antara aliran wap yang naik ke atas dengan aliran cecair yang turun ke bawah. Kedua-dua aliran ini bersentuh secara bersilang. Aliran cecair dari plat atas mengalir ke plat bawah melalui salur penurunan dan seterusnya merentasi permukaan plat sebelum mengalir melalui salur....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
BUBURANCampuran heterogen antara cecair dan pepejal dengan kuantiti yang tersebut.KEJURUTERAANKonsep
GAS PETROLEUM CECAIRCampuran gas yang terdiri daripada propana dan butana.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
DUPA

Dupa ialah campuran gam dan balsam yang

berbau wangi. Dupa mengeluarkan bau harum

yang lembut apabila dibakar.

UMUM 
KELIKIR

Kelikir ialah campuran ketul-ketul batuan dengan

zarah-zarah pasir dan tanah liat. Sekurang-kurang

30 peratus daripada kelikir terdiri daripada ketul-ketul

batuan yang lebih kasar, atau lebih besar

daripada pasir – iaitu, lebih daripada dua

milimeter lebarnya. Pasir dan tanah liat

membentuk selebihnya kelikir, biasanya

membentuk 50 hingga 70 peratus daripada

keseluruhan jisim.

UMUM 
LIDIT

Lidit ialah campuran letupan asid pikrik dengan

kolodion.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas