Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canai;

Peribahasa

Intan salah serudinya.

Bermaksud :

Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu sumber perkataan 'Canai'. Ada sumber yang mengatakan perkataan 'Roti Canai' timbul dari roti yang dibawa oleh pendatang dari Chennai, India ke Malaysia. Jika teori ini betul, adakah perkataan 'Canai' (mencanaikan) seperti digunakan dalam Bahasa Melayu yang bermaksud mengasah, timbul dari perkataan Roti Canai (Chennai) ini?

Antara maksud canai ialah menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri. Konsep ini digunakan untuk 'roti canai'.

Makna18.08.2009
Bolehkan mengguna perkataan menyebar roti canai? Terima kasih.Frasa yang betul ialah menebar roti canai.Istilah31.03.2011
Adakah kata kerja di bawah betul? A. Membuat teh B. membuat roti canaiKedua-dua frasa, iaitu  "membuat teh" dan "membuat roti canai" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa08.10.2013
1. Bagaimanakah membezakan penggunaan kata hubung tetapi dan manakala. 2. Antara ayat yang berikut, yang manakah betul penggunaan kata hubung tetapi dan manakala? a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. 3. Ada pendapat yang menyatakan kata hubung tetapi digunakan untuk pelaku yang sama sahaja. Contohnya: a. Budak itu pandai tetapi pemalas. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik Adakah pendapat ini betul?

1. Perkataan tetapi digunakan untuk me­nyata­kan hal yang berlawanan atau bertentangan, seperti ayat: Budak itu pandai tetapi malas. Perkataan manakala pula membawa banyak maksud, iaitu 1. apabila, bilamana; 2. tetapi; dan 3. sedangkan. Perkataan manakala boleh dibezakan apabila membawa maksud pertama dan ketiga.

2. a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. - kedua-dua ayat ini betul

3. Perkataan tetapi digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan dalam ayat majmuk gabungan. Tidak ada maklumat dalam buku Tatabahasa Dewan mensyaratkan hal yang berlawanan itu digunakan untuk pelaku yang sama. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik - dari aspek tatabahasanya ayat ini adalah betul, tetapi kurang tepat dari aspek makna.

Tatabahasa12.05.2011
(i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu. (ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai. (iii) Budak itu makan roti canai Ayat-ayat songsang yang manakah betul untuk ayat-ayat aktif yang terdapat di atas? (a) Meluluskan permohonan itu kami masih belum. (b) Permohonan itu kami masih belum meluluskan. (c) Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah. (d) Memancing ikan kami sudah pernah di tepi sungai. (e) Roti canai budak itu makan.(i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu.
Meluluskan permohonan itu kami masih belum.
Permohonan itu kami masih belum meluluskan.

(ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai.
Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah.

(iii) Budak itu makan roti canai. 
Roti canai budak itu makan.
 
Tatabahasa29.10.2015
apakah kata kerja yang paling tepat untuk menyatakan cara memasak roti canai?memasak?menggoreng?membakar?atau ada perkataan lain yang lebih sesuai?Memasak bermaksud membuat atau mengolah makanan supaya masak; menggoreng bermaksud memasak dengan minyak, seperti menggoreng ikan atau memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dengan tidak menggunakan minyak; membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata yang betul ialah memasak roti canai. Kata memasak lebih umum penggunaannya untuk menerangkan apa jua cara memasak.Tatabahasa09.05.2011
berikan erti=caklempong,calang2,canai,canggung,cangkir,canting, capik,cari gali

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain17.04.2010
apakah maksud intan tersalah canai?Maksud peribahasa ini ialah biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. Untuk mengetahui maksud peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain. Harap maklum.Lain-lain22.06.2008
Encik Khalid sedang __________ roti canai di restorannya. A.menguli B.menebar C.mencanai D.menebarSemua betul. Jawapan bergantung kepada perbuatan encik Khalid ketika itu.Tatabahasa20.11.2008
Makanan yang dia suka ialah roti canai. Betul?Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
12

Kembali ke atas