Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[can.du] | چندو

Definisi : 1. sj bahan yg disediakan drpd biji bunga popi (boleh digunakan secara terkawal utk menghilangkan rasa sakit atau menyebabkan tidur tetapi berbahaya apabila digunakan secara tidak terkawal sbg dadah utk meng­khayalkan diri dsb); ~ mentah candu yg belum dimasak atau diproses sehingga sedia utk digunakan; 2. = ~ rokok cecair yg pekat hitam yg keluar dr rokok atau lubang paip yg dihisap; 3. = mencandu ketagih (suka, gemar) akan sesuatu: apabila sudah termula, payah hendak meninggalkan ~ rokok ini; sejak orang ~ merantau ini, hidup berfamili cara dahulu menjadi rosak binasa; spt orang pemakan ~, dgn ~ sampai mati prb sesuatu kebiasaan itu payah hendak dihentikan; mencandu 1. spt candu (lekat-lekat); 2. ada candunya: paipnya tak pernah dibersihkan hingga ~; mencandui 1. menjadikan ketagih (gemar, asyik): kalau saya tidak dicandui oleh keinginan utk jadi wartawan, tentulah saya tidak lekas-lekas meninggalkan bangku sekolah; 2. meracuni, memperdayakan, menipu: bukan maksud kami hendak ~ rakyat; kecanduan ketagihan: lagu Mera Bolbol telah menjadi lagu pujaan mereka yg ~ filem-filem Hindustan; pencandu 1. penghisap candu; 2. ki peng­gemar, peminat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.du] | چندو

Definisi : 1 bahan yg diperoleh dr buah (biji) popi dan sudah dimasak; madat. 2 benda pekat dan berwarna hitam yg keluar dr rokok atau paip yg dihisap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata candu

Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
culin[tSu.lin]kata namasedikit (digunakan sebagai penjodoh bilangan), seculin ialah satu ukuran yang sedikit.Lepaeh isap candu dua culin, dia tidoq sampai siang.[l«.pAEh i.sAp tSAn.du du.wA tSu.lin di.jA ti.dâÖ sAm.pAj si.jAN]Selepas menghisap candu dua culin, dia pun tertidur sampai siang.

Kembali ke atas