Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.gung] | چڠݢوڠ

Definisi : 1. kurang biasa atau kurang senang menggunakan (melakukan) sesuatu, kekok, kaku, janggal: dr kecil lagi dia diajar menari, sebab itulah apabila dia menari, tidak ~ nampaknya; 2. berasa kurang senang (tidak bebas), segan-segan atau malu-malu (kerana tidak biasa bercampur atau tidak tahu adat resam orang): anak raja itu terasa serba kekok dan ~, tidak tahu apa yg hendak dibuatnya; 3. kurang elok atau sempurna (pd pandangan atau pendengaran), tidak kena pd tempatnya, agak janggal: bahasa karangannya begitu ~ hingga tidak dapat disiarkan; kenalanku ada yg cantik dan tidak akan ~ jadi isterimu; 4. serba kekurangan (bkn kehidupan, pengetahuan, dll): bagaimana aku dapat hidup senang, kalau serba ~ spt ini; 5. = tercang­gung Mn a) berasa sepi (kerana tidak berteman dll); b) kurang senang (kecewa dll): hendaklah diusahakan supaya pembeli jangan ~; ~ bagai antan dicungkilkan duri prb perbuatan yg bukan-bukan, tidak kena pd tempatnya; kecanggungan 1. perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejang­galan; 2. perihal canggung (segan-segan atau malu-malu): ~nya jelas pd gerak-gerinya; 3. perihal canggung (kurang elok atau sempurna pd pandangan atau pendengaran): ~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gung] | چڠݢوڠ

Definisi : dahan atau batang kayu mati yg timbul tenggelam di air; bagai kera dapat ~ prb tidak renggang-renggang dr tempat mene­rima pertolongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gung] | چڠݢوڠ

Definisi : sj lagu dan tarian (di utara Ma­laysia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gung] | چڠݢوڠ

Definisi : 1 agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; janggal: Sesuatu pekerjaan itu jika selalu dibuat tidaklah akan ~ lagi tampaknya. 2 agak segan atau malu-malu kerana tidak biasa dgn sesuatu keadaan atau suasana: Aku berasa ~ sekali apabila bercampur gaul dgn mereka. 3 tidak kena pd tempatnya; kurang baik (buatannya, susunannya dsb); janggal: Susunan kata dlm ayat-ayatnya ~ sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cang.gung] | چڠݢوڠ

Definisi : sj lagu dan tarian yg popular di Perlis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canggung

Puisi
 

Hari redup menyemai padi,
     Wak Dolah menanam jagung;
Kalau hidup tidak berbudi,
     Duduk salah berdiri canggung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebagai kera dapat canggung.

Bermaksud :

Merapatkan dirinya kepada orang yang telah menolongnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jarringcanggung (P.JAS)Komunikasi MassaTiadaTiada
jarringcanggung (P.JAS)PendidikanTiadaTiada
incongrous elementunsur canggungLandskapTiadaUnsur da lam taman yang tidak sepadan dengan unsur lain di sesuatu kawasan. Contohnya, wakaf berbentuk tradisional dalam taman moden.
incongruityketakkongruenanKesusasteraanTiadaPerihal sesuatu yang canggung, tidak padan dan janggal.

Kembali ke atas