Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : 1. sesuatu yg melengkung spt kait (gancu dll): buatlah ~ pd dawai itu supaya dapat disangkutkan; 2. alat utk mengancing baju yg dibuat drpd besi kecil yg dilengkungkan; bercangkuk memakai cangkuk; mencangkuk mengenakan cangkuk, mengait: habislah segala tubuhnya dicangkuk oleh sekalian onak dan duri; mencangkukkan mengaitkan: ~ mata taut pd belakang rusa itu; tercangkuk terkait. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : 1. dahan kayu yg dibalut supaya tumbuh akar utk ditanam; 2. ki palsu; mencangkuk menjadikan dahan berakar dgn membalutnya dgn sabut berisi tanah, mengetut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : sj ubat drpd bunga yg dikeringkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : , = pencangkuk 1 benda yg melengkung dan berkait, spt penyangkut kelambu. 2 alat yg dibuat drpd besi kecil melengkung utk mengancing baju. besi ~ besi yg hujungnya berkait. bercangkuk memakai cangkuk; ada cangkuknya: Bahagian hujung galah itu ~ supaya mudah digunakan utk mengait sesuatu. mencangkuk menyebabkan sesuatu terkena cangkuk; mengait dgn cangkuk: Ketika berlari dlm semak tadi, onak dan duri telah ~ seluarnya hingga koyak-koyak. mencangkukkan melekatkan cangkuk (pd); mengaitkan (ke): Pak Pandir telah ~ mata taut itu pd belakang rusa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cangkuk

Peribahasa

Harapkan si untung menggamit,
     kain di badan didedahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hookn 1. bent, curved piece of metal for hanging etc, (pen)cangkuk: curtain ~s, cangkuk langsir; a large ~ at the end of the crane, cangkuk besar di hujung kren; crochet ~, jarum kait; 2. also fish hook, mata kail; 3. curved cutting tool, sabit: reaping-~, sabit tuai; 4. (geog) cangkuk; 5. (in golf, cricket) pukulan lengkung; 6. (in boxing) tumbukan sauk; /right, left/ ~, sauk /kanan, kiri/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barbvt membubuh cangkuk pd: to ~ an arrow, membubuh cangkuk pd anak panah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unhook2. unfasten by releasing hook, membuka cangkuk: she ~ed her bra, dia membuka cangkuk baju dalamnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hook~ up, a. fasten with hook (s) mengenakan cangkuk: do you mind ~ing this dress up for me?, bolehkah kamu tolong kenakan cangkuk baju saya ini?; b. connect, link, menyambungkan: to ~ up the radio stations for the broadcast, menyambungkan stesen-stesen radio utk siaran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
claspn 1. fastening device, pengancing, kancing; (using hook) pencangkuk, cangkuk; (in the form of a brooch) kerongsang: the handbag has a goldplated ~, kancing beg tangan itu bersalut emas; the ~ of the brooch is broken, pengancing kerongsang itu patah; she fastened the ~ of her necklace, dia mengenakan cangkuk rantainya; 2. embrace, pelukan, dakapan: she finally was able to break from his ~, akhirnya dia dapat melepaskan diri drpd pelukannya; 3. grasp, genggaman: the firm ~ of his hand, genggaman tangannya yg kuat; hold st in a ~, menggenggam sst;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
buttonhookn cangkuk butang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boat-hookn cangkuk perahu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
billhookn parang cangkuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hook and eyen kancing cangkuk dan mata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grappling-iron, grappling-hookn (pen)cangkuk besi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas