Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[can.se.lor] | چنسلور

Definisi : 1. ketua kehormat sesebuah univer­siti; naib ~ ketua eksekutif atau ketua pen­tadbir sesebuah universiti; 2. ketua kerajaan di beberapa buah negara Eropah (spt Jerman, Austria, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.se.lor] | چنسلور

Definisi : 1 ketua kehormat sesebuah universiti. 2 ketua negara (di negara-negara tertentu spt Jerman, Austria). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canselor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah Canselerikamus DBP merakamkan kata canseleri, iaitu pejabat canselor atau bangunan pejabat canselor. amalan di UM tu betul dah. Isu yang timbul jika ada canselor mengapa tidak pejabatnya canselor? Apabila diperhalusi kami menerima perkataan Canselori dalam bahasa Melayu berasakan kepada pembentukan kata Canselor. jika Chanceller diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Kata Chancellory dan Chancellery dianggap varian dalam bahasa Inggeris. Varian yang dianggap lebih baku ialah "chancellery". Dengan demikian padanan bahasa melayu yang diterima sebagai baku ialah 'Canseleri'. kedua-dua perkataan tersebut mematuhi Pedoman Umum pembetukan Istilah dan juga Pedoman Umum Ejaan Rumi. Bahasa kita kan dinamik, pendapat baru boleh kita terima asal ada kewajarannya.Tatabahasa17.07.2014
Perkataan berganda bagi Naib Canselor ialah Naib-naib Canselor. Apakah perkataan berganda bagi Pro-Canselor? Terima kasih.
Dalam bahasa Melayu, kebiasaanya hanya perkataan pertama sahaja yang perlu digandakan. Sebagai contoh, "Ketua-Ketua Menteri" tetapi jarang penggunaan kata  "Naib-naib Canselor". Pihak kami mencadangkan penggunaan kata beberapa orang naib canselor atau beberapa orang Pro-Canselor.
Istilah03.10.2015
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic

1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti.  2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti.  3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti.  4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan  6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti.  7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya  8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti.  10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan

Makna22.06.2008
Apakah ayat yang sesuai bagi pembahagian hari Konvokesyen samada Bahagian atau Sidang? contoh : Bahagian 1, Konvokesyen UM - Canselor Bahagian 2, Konvokesyen UM - Pro Canselor atau Sidang 1, Konvokesyen UM - Canselor Sidang 2, Konvokesyen UM - Pro CanselorBahagian, Sesi dan Sidang, semuanya boleh digunakan namun lazimnya IPT menggunakan perkataan sidang.Tatabahasa30.04.2015
Mana yang tepat, Istiadat Pengisytiharan Pro-Canselor atau Istiadat Perisytiharan Pro-CanselorIstiadat Perisytiharan Pro-Canselor yang tepat. Perisytiharan bererti pengumuman, pemakluman, pernyataan, atau pemasyhuran. Pengisytiharan ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Contoh: Mereka berkumpul di dalam Dewan Budiman untuk menyaksikan Istiadat Perisytiharan Pro-Chanselor. Pengisytiharannya sebagai Pro-Canselor Universiti …disambut baik oleh sekalian warga universiti tersebut.  Makna05.05.2011
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera, Mohon pengesahan ejaan yang betul bagi ayat berikut: Dewan Agong Tuanku Canselor atau Dewan Agung Tuanku Canselor. Mohon penjelasan mengenai penggunaan 'Agong' dan 'Agung'. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Dewan Agung Tuanku Canselor, Agong khusus kepada Yang di-Pertuan Agong.Tatabahasa09.10.2012
Mana takrifan yang betul : Bangunan Canseleri atau Bangunan CanseloriKamus Dewan merakamkan perkataan canseleri yang bermaksud pejabat canselor. Apabila diperhalusi perkataan Canselori juga ada kewajarannya untuk diterima dalam bahasa Melayu berasaskan kepada pembentukan kata Canselor. Jika Chancellor diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Chancellory dan Chancellery ialah varian dalam bahasa Inggeris, maka Canselori dan Canseleri juga merupakan varian dalam bahasa Melayu.Istilah30.04.2015
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan mengadakan Perutusan Naib Canselor dan didalam proses penyediaan tema, Naib Canselor telah memilih tema "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang". Persoalannya, adakah ayat "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang" tersebut merupakan sebuah ayat yang betul dan sesuai digunakan sebagai tema?Penggunaan "Sepakat Ihsan, Persada Gemilang" kurang tepat. Cadangan kami Warga Sepakat, Persada Gemilang.Tatabahasa11.01.2017
Salam. Mohon bertanya tentang penggunaan perkataan Canseleri dan Canselori untuk penamaan bangunan di universiti. Ini kerana setahu saya istilah yang betul ialah Bangunan Canseleri yang menempatkan pejabat Canselor. Ada ke perkataan dan boleh tak digunakan Bangunan Canselori? Setahu saya Canselor ialah nama jawatan dan tidak ada perkataan di dalam kamus Dewan sekali pun tentang perkataan Canselori. Boleh ke ditambah perkataan 'i' untuk Canselori dari segi hukum bahasa? Harap mendapat maklum balas segera. Terima kasih.Untuk makluman puan, DBP pernah menerima pertanyaan dan permohonan daripada Universiti Malaysia Terengganu tentang penggunaan perkataan Canselori. DBP menerima perkataan Canselori dalam bahasa Melayu berasaskan kepada pembentukan kata Canselor. Jika Chancellor diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Chancellory dan Chancellery ialah varian dalam bahasa Inggeris, maka Canselori juga merupakan varian Canseleri dalam bahasa Melayu.Istilah31.01.2013
Mohon pengesahan yang berikut : - Perkataan yang betul dan tepat iaitu : Canseleri atau Canselori?Kamus Dewan merakamkan perkataan canseleri, iaitu pejabat canselor. Hal ini pernah dibincangkan pada tahun lepas antara perkataan canseleri dan canselori. Setelah diperhalusi perkataan Canselori diterima dalam bahasa Melayu berasaskan kepada pembentukan kata Canselor. Jika Chancellor diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Chancellory dan Chancellery ialah varian dalam bahasa Inggeris, maka Canselori juga merupakan varian Canseleri dalam bahasa Melayu.Istilah14.07.2014
12

Kembali ke atas