Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canselor 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic

1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti.  2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti.  3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti.  4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan  6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti.  7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya  8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti.  10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan

Makna22.06.2008
Apakah ayat yang sesuai bagi pembahagian hari Konvokesyen samada Bahagian atau Sidang? contoh : Bahagian 1, Konvokesyen UM - Canselor Bahagian 2, Konvokesyen UM - Pro Canselor atau Sidang 1, Konvokesyen UM - Canselor Sidang 2, Konvokesyen UM - Pro CanselorBahagian, Sesi dan Sidang, semuanya boleh digunakan namun lazimnya IPT menggunakan perkataan sidang.Tatabahasa30.04.2015
Saya merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar dan saya keliru dengan penggunaan jawatan berikut serta jawatan yang mana lebih tinggi mengikut turutan yang betul: 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Naib Presiden Atau 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Presiden Atau 1) Presiden 2) Timbalan Presiden 3) Naib Presiden Apakah cadangan jawatan yang paling tepat untuk menggambarkan orang kedua dan ketiga terpenting?Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong. Tidak ada perbezaan ketara dari segi bahasa.  Perbezaan hierarki jawatan wujud dalam organisasi yang menggunakannya.  Dalam kebanyakkan struktur organisasi politik, sukan dan pertubuhan di Malaysia strukturnya ialah Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (Naib Presiden boleh lebih daripda satu kerusi) contohnya UMNO dan FAM. Jika organisasi memilih menggunakan naib presiden sebagai orang kedua, strukturnya ialan Presiden, Naib Presiden dan Timbalan Naib Presiden.  Di institusi pengajian tinggi pula, struktur organisasinya ialah Canselor, Naib Canselor dan diikuti Timbalan Naib Canselor.Makna28.01.2014
Saya merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar dan saya keliru dengan penggunaan jawatan berikut serta jawatan yang mana lebih tinggi mengikut turutan yang betul: 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Naib Presiden Atau 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Presiden Apakah cadangan jawatan yang paling tepat untuk menggambarkan orang kedua dan ketiga terpenting?Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong. Tidak ada perbezaan ketara dari segi bahasa.  Perbezaan hierarki jawatan wujud dalam organisasi yang menggunakannya.  Dalam kebanyakkan struktur organisasi politik, sukan dan pertubuhan di Malaysia strukturnya ialah Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (Naib Presiden boleh lebih daripda satu kerusi) contohnya UMNO dan FAM. Jika organisasi memilih menggunakan naib presiden sebagai orang kedua, strukturnya ialan Presiden, Naib Presiden dan Timbalan Naib Presiden.  Di institusi pengajian tinggi pula, struktur organisasinya ialah Canselor, Naib Canselor dan diikuti Timbalan Naib Canselor.Makna28.01.2014
Kami ingin menerbitkan buku berkaitan alat-alat konvokesyen seperti jubah canselor, jubah graduan, cokmar dan lain-lain. Manakah tajuk yang sesuai, (1) Buku Peralatan Istiadat Konvokesyen atau (2) Buku Kelengkapan Istiadat Konvokesyen. Terima kasih.Judul yang lebih sesuai ialah "Buku Kelengkapan Istiadat Konvokesyen"Karya02.11.2016
Saya Ingin bertanyakan penggunan kata "Fellowship" adakah boleh digunakan di dalam bahasa melayu atau terdapat penggunaan kata yang lebih sesuai. Ayat penggunaan: Anugerah Fellowship Naib Canselor
Perkataan fellowship mempunyai empat makna iaitu, 1. persahabatan; 2.  perkumpulan; 3. dieja (felow) merupakan ahli sesuatu akademik (kolej atau universiti) atau institusi 4. biasiswa. Bagi padanan perkataan fellowship dalam nama “Anugerah Fellowship Naib Canselor” boleh dipilih antara empat makna yang diberikan bergantung pada tujuan pemberian anugerah berkenaan.  Atau anda juga boleh memberikan konsep anugerah tersebut kepada DBP untuk cadangan padanan yang bersesuaian. 1">
Makna20.04.2017
As salam, 1. Saya ingin bertanya maksud perkataan "Kerjasama" dan "Kolaborasi" adalah sama maksudnya? (saya semak kamus dewan sama maksud, ada Profesor kata maksud x sama) 2. Jika maksud tidak sama bolehkah digunakan kedua2 perkataan ini dalam satu ayat? 3. Mohon kepastian terjemahan perkataan2 berikut tepat atau tidak: a. Excellence= Kecemerlangan b. Engagement= Keterlibatan c. Effectiveness=Keberkesanan d. Efficiency=Kecekapan e. Empowerment= * mohon cadangan DBP * mohon perhatian segera jawapan daripada pihak tuan/puan untuk kegunaan segera teks syarahan Naib Canselor. Sekian, terima kasih.1. Dalam bidang Sains Politik dan Pentadbiran Perniagaan, istilah kolaborasi digunakan bagi mengungkapkan maksud kerjasama. Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana dan diungkapkan sebagai kolaborasi. 
2. Jawapan seperti di atas. 
3. a. Excellence - Kecemerlangan
    b. Engagement - Keterlibatan
    c. Effectiveness - Keberkesanan
    d. Efficiency - Kecekapan
    e. Empowerment - pemerkasaan
Penyemakan dan penterjemahan24.08.2015
Selamat sejahtera tuan puan, saya ingin bertanya mengenai perbezaan jenis kata majmuk rangkai kata bebas dengan kata majmuk istilah khusus. Saya keliru dengan kedua-dua jenis kata majmuk ini kerana beberapa sumber rujukan (bahasa Melayu) yang pernah saya baca menyatakan maklumat yang agak berbeza antara satu sama lain. Sebuah buku menyatakan bahawa kata majmuk rangkai kata bebas ialah percantuman kata dasar daripada mana-mana golongan kata manakala kata majmuk istilah khusus merupakan kosa kata khusus bagi sesuatu bidang ilmu dan jawatan seperti lut sinar (contoh bidang ilmu) dan Naib Canselor (contoh jawatan). Namun begitu, beberapa hari lalu saya terbaca dalam satu kompilasi nota BM STPM (Sem 1-3) berbentuk PDF yang menyatakan kata majmuk rangkai kata bebas terdiri daripada umum dan gelaran. Contohnya, alat tulis (umum), Naib Canselor, dan Raja Muda (gelaran). Kata majmuk istilah khusus pula hanya terdiri daripada kosa kata khusus bagi sesuatu bidang ilmu. Sumber-sumber rujukan dalam internet yang saya juga baca menyatakan maklumat yang berbeza-beza. Hal ini membuatkan saya keliru. Yang mana satukah maklumat yang betul dan boleh digunakan pada masa kini? Apakah perbezaan di antara kata majmuk rangkai kata bebas dengan kata majmuk istilah khusus? Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk menyelesaikan kekeliruan saya ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak DBP amatlah saya hargai. Sekian, terima kasih.Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk ialah kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Tidak ada pembahagian kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk rangkai kata bebas kerana dalam bentuk penulisan umum kata tersebut berfungsi sebagai kata majmuk, manakala dalam penulisan ilmiah yang khusus kepada bidang tertentu kata tersebut dianggap sebagai istilah. Kami berpandangan pembezaan ini berdasarkan konteks penggunaannya, kata majmuk rangkai kata bebas digunakan dalam konteks umum, manakala kata majmuk istilah khusus digunakan dalam wacana ilmiah yang berkaitan dengan peristilahan. Tatabahasa24.05.2020

Kembali ke atas