Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn biang, gasang, gatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb); indah: Orangnya ~ serta berbudi bahasa pula. mencantikkan menjadi­kan cantik; mengindahkan. mempercantik menjadikan lebih cantik; memperindah. kecantikan hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong. pencantikan perbuatan atau hal mencantikkan. pencantik sesuatu yg mencantikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik

Puisi
 

Banyak itik anak itik,
     Turun ke sawah makan padi;
Tengok cantik dipandang cantik,
     Tambah pula berhati budi.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kepek[ke.pe/]kata adjektifberkenaan wajah atau benda yang tidak cantik.Ani nangis bile orang panggel die budak kepek.[A.ni nA.Nis bi.l« o.ÄAN pAN.gel di.j« bu.dA/Ani menangis apabila dikatakan tidak cantik.
dare gembo-gembo[dA.Ä« g«m.bo g«m.bo] anak dara belasan tahun yang cantik.Kawan yang dah tue ni, nengok anak dare gembo-gembo, mahu juge tanggal songkok.[kA.wAn jAN dAh tuw« ni ne.No/ A.nA/ dA.Ä« g«m.bo.g«m.bo Saya yang dah tua ni, menengok anak dara belasan tahun yang cantik, mahu juga tanggal songkok.
seken[se.ken]kata namagelang tangan daripada emas.Cantek seken kau, Minah.[tSAn.te/ se.ken kAw mi.nAh]Cantik gelang tangan engkau, Minah.
gamal[gA.mAl]kata namasapu tangan (Pulau Aur, Mersing).Cantek gamal aji, mane dapat?[tSAn.te/ gA.mAl A.dZi mA.n« dA.pAt]Cantik sapu tangan kamu, mana dapat?
kepoh[k«.poh]kata adjektifwarna kelabu.Dah le kulet gelap pakai baju kepoh mane nak lawa.[dAh l« ku.let g«.lAp pA.kAj bA.dZu k«.poh Sudahlah kulit gelap pakai baju warna kelabu tentu tidak cantik.
aw[Aw]kata namabuai yang diperbuat daripada tali dan papan atau daripada jaring yang terdapat di luar kawasan rumah, khususnya yang terdapat di pokok (Pulau Aur, Mersing).Cantek aw aji, boleh anak ni tumpang maen?[tSAn.te/ Aw A.dZi bo.leh A.nA/ ni tum.pAN mAen]Cantik buai kamu, boleh anak ini tumpang bermain?

Kembali ke atas