Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn biang, gasang, gatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis (ttg rupa dsb); indah: Orangnya ~ serta berbudi bahasa pula. mencantikkan menjadi­kan cantik; mengindahkan. mempercantik menjadikan lebih cantik; memperindah. kecantikan hal atau keadaan cantik; keelokan; keindahan: ~ istana itu telah menjadi perhatian para pelancong. pencantikan perbuatan atau hal mencantikkan. pencantik sesuatu yg mencantikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik

Puisi
 

Banyak itik anak itik,
     Turun ke sawah makan padi;
Tengok cantik dipandang cantik,
     Tambah pula berhati budi.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? Pokok bunga di taman bunga itu (cantik -cantik / cantik-cantik belaka).Ayat yang sesuai ialah "Pokok bunga di taman bunga itu cantik." Perkataan "cantik-cantik" dan "cantik-cantik belaka" juga betul, tetapi dianggap lewah dalam konteks ayat ini.Tatabahasa10.12.2014
Tuan, Ini juga berkaitan kata ganda, kata ganda juga bermaksud jamak. Oleh itu, adakah frasa ini betul? 1. cantik-cantik belaka. (cantik-cantik bermaksud semua cantik, belaka juga bermaksud jamak, Oleh itu, maksud jamak telah diulangkan lagi.) Dalam keadaan ini, adakah frasa cantik-cantik belaka betul? Atau dalam keadaan ini, kata ganda bagi kata adjektif bermaksud "sangat" dan bukan jamak. Oleh itu, cantik-cantik belaka boleh diterima? Mohon penjelasan. Terima kasih

Frasa cantik-cantik belaka betul. Perkataan cantik-cantik dalam frasa tersebut merupakan penggandaan penuh kata adjektif, iaitu kata adjektif tunggal digandakan untuk memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh.  Manakala perkataan belaka dalam konteks frasa yang diberikan pula berfungsi sebagai kata penguat belakang yang kedudukannya diletakkan di belakang kata adjektif. Contoh dalam ayat: Rumah di kampung itu cantik-cantik belaka.

Tatabahasa26.05.2021
Yang manakah betul ? (a) Anak-anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (b) Anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (c) Anak-anak Pak Abu cantik. (d) Anak-anak Pak Abu cantik belaka. (e) Anak Pak Abu cantik belaka.Ayat yang betul ialah ayat (b), (c), (d)Tatabahasa05.03.2010
Adakah penggunaan "belaka" dalam ayat-ayat di bawah betul? Ayat yang manakah salah? a) Kain yang dijual di situ cantik-cantik belaka. b) Kain yang dijual di situ cantik-cantik. c) Kain yang dijual di situ cantik belaka.Ayat yang gramatis ialah kain yang dijual di situ cantik-cantik dan kain yang dijual di situ cantik belaka. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sebelumnya.Tatabahasa26.09.2012
Tuan, saya ingin memohon penjelasan tentang kata ganda : adakah kata ganda juga bermaksud "sangat"? contohnya :bunga itu sangat cantik-cantik. adakah frasa ini betul? kalau salah, adakah kerana cantik sudah membawa maksud sangat, oleh itu kita hanya dapat tulis sangat cantik atau cantik-cantik sahaja? ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada pihak tuan.Frasa yang betul ialah "Bunga itu sangat cantik".  Kata adjektif "cantik"  didahului oleh kata penguat "sangat" dalam ayat  berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi kata nama atau frasa nama. Manakala frasa "Bunga itu cantik-cantik", bermaksud semuanya cantik.Tatabahasa26.05.2021
cantik belaka atau cantik-cantik belaka. yang manakah betul?

Perkataan “belaka” bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu, tidak perlu mengulang perkataan sebelumnya.

Jawapan yang betul ialah "cantik belaka".  "Cantik-cantik belaka" juga betul tetapi dianggap lewah dalam konteks ayat kerana sudah ada kata ganda lain yang menunjukkan jamak.

Lain-lain29.06.2022
Yang manakah betul? 1. Bunga di taman itu cantik-cantik belaka? 2. Bunga di taman itu cantik belaka?Yang betul ialah Bunga di taman itu cantik-cantik belaka.Tatabahasa15.06.2012
1. Cantik-cantik belaka atau cantik belaka 2. Nilai murni - mencuci pinggan masing-masingselepasmakan semasa aktiviti perkhemahan? 3. Nilai murni bagi makan dengan tenang walaupun tidak sendless makan di rumah ?1. Cantik belaka. Soalan 2 dan 3 tidak difahami maksudnya?Lain-lain22.02.2014
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan frasa di bawah betul: 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik
Jawapan:
1. sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat.
2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai.
3. Terlalu cantik sekali - salah ( darjah penghabisan tidak boleh hadir bersama)
Tatabahasa10.04.2015
Ayat mana yang betul? A) paling cantik sekali B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali E) tercantik sekali TQ

Ayat yang betul ialah B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali. Ayat A) paling cantik sekali dan E) tercantik sekali salah kerana imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan.  Oleh itu, kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak.  Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. 

Tatabahasa29.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas