Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[can.tu.man] | چنتومن

Definisi : 1. = percantuman perihal bercan­tum, pertemuan, pertautan, pergabungan, per­paduan, penyatuan: aku akan terus berjuang utk ~ Singapura dgn Tanah Melayu; 2. = percantuman perihal mencantumkan ba­hagian-bahagian yg berlainan menjadi satu (motokar dll); 3. barang apa yg dicantumkan atau utk dicantumkan: biasanya barang-barang ini digunakan hanya sbg ~ yg tidak kekal; 4. perihal memindahkan (menumbuh­kan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.tu.man] | چنتومن

Definisi : 1 apa-apa yg dicantumkan. 2 hasil drpd mencantum (tunas pokok) atau mencantumkan sesuatu. 3 cara-cara mencantum pokok atau membiakkan pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantuman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah RTM, KPM dan BPR termasuk dalam golongan akronim? Terima kasihTerdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu:
1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia)

Berdasarkan contoh yang diberikan, RTM, BPR dan KPM merupakan akronim.
Tatabahasa09.12.2013
Saya ingin bertanya adakah singkatan bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di tulis JAKIM ataupun Jakim. Mohon jawapan berserta penjelasan daripada pihak tuan kerana terdapat percanggahan pendapat berhubung perkara ini di pejabat kami. Terima kasih.Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu:
1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia)
Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim.
Ejaan04.12.2013
Apakah maksud hybrid dalam istilah puisi?

Salam Maal Hijrah 1432,

Perkataan hibrid secara harfiah bermakna kacukan, bauran atau cantuman dua/atau lebih entiti yang berlainan identiti dan budaya sehingga membentuk entiti baru. Dalam karya sastera, termasuklah genre puisi, perkataan hibriditi menjadi salah satu unsur penting dalam teori pascakolonial untuk memperlihatkan permasalahan dan kesan representasi kolonial dan kolonialisasi sehingga membentuk  identiti budaya baru dan unik kepada kalangan yang terjajah. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel "Mencari Isteri" karya Mohamad Yusof Ahmad, memperlihatkan ciri-ciri hibriditi identiti dan budaya kalangan pegawai Melayu dalam "Malay Civil Service" walaupun berjiwa Melayu yang  menyerap masuk nilai-nilai  Barat sebagai nilai baru, antaranya melalui cara penampilan, cara pergaulan, jenis perabot dan susun atau hiasan dalamannya, lanskap dan pemikiran yang sendeng Barat. Dari segi pemikiran, unsur-unsur pemodenan ke atas bangsa Melayu menggunakan kayu ukur pemodenan kaedah Barat. Dalam karya puisi  subjek yang sama mungkin juga dapat diteliti. Penggunaan  mitonimi sebagai bahasa kiasan untuk menjustifikasikan kesan bauran dan cantuman identiti dan budaya dalam puisi itu juga dapat diteliti. Mutakhir ini terdapat pandangan yang lebih terbuka dan radikal terhadap penggunaan istilah hibriditi, apabila bauran atau cantuman budaya itu tidak lagi dilihat sebagai kesan dan akibat penjajahan semata-mata tetapi kesan daripada  modernisasi, urbanisasi, sentralisasi dan globalisasi yang memungkinkan transmigrasi, percampuran dan bancuhan sesebuah budaya dan identiti itu menjadi dinamik sehingga membentuk identiti dan budaya baru yang unik. Banyak bahan rujukan yang saudara boleh teliti untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini, misalnya karya Homi Bhabha The Location of Culture ((1994)atau tulisan G.Yao Taxonomizing hybridity (2003).  Penjelasan lanjut juga boleh juga ssaudara peroleh dengan menghubungi tenaga pakar teori dan kritikan DBP iaitu  sdr. Mohamad Daud Mohamad di talian 03-21482536 atau 0133236724.

 

Salam takzim.

Lain-lain04.12.2010
Benarkan perkataan budaya merupakan akronim daripada kata 'budi' dan 'daya'?Pihak kami tidak ada maklumat berkenaan etimologi perkataan tersebut. Pandangan yang mengatakan "budaya" merupakan cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu "budhi" dan "daya" yang bermaksud kekuatan (kuasa, tenaga dan pengaruh) kecergasan fikiran dan akal mungkin ada kebenarannya kerana maksud "budaya" dalam Kamus Dewan meliputi maksud yang sama; iaitu 1. Tamadun, peradaban; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya); dan 3. bersifat budaya. Walau bagaimanpun, tuan/puan dinasihati menyemak pandangan tokoh-tokoh tempatan mengenai perkataan budaya seperti Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Prof. Dr. Shaharir Mohd Zain.



Istilah24.06.2015
ASSALAMUALLAIKUM... SAYA INGIN BERTANYA KEPADA PIHAK DBP BERKAITAN KEKELIRUAN YANG BERLAKU DALAM PEMBENTUKAN KATA NAMA TUNGGAL JENIS AKRONIM (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, M/S:105) YANG MENYATAKAN KATA NAMA AKRONIM CANTUMAN HURUF DAN SUKU KATA PERKATAAN, EJAANNYA BERMULA DENGAN HURUF BESAR (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, M/S:106). CONTOHNYA: Mara - Majlis Amanah Rakyat NAMUN, JIKA DISEMAK DI DALAM KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, M/S;998, PERKATAAN YANG SAMA DIEJA DENGAN HURUF BESAR KESEMUANYA. TERDAPAT BEBERAPA PERKATAAN AKRONIM DALAM JENIS INI YANG DIEJA DENGAN HURUF BESAR DI DALAM KAMUS DEWAN.INI JELAS MENIMBULKAN KEKELIRUAN DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MENGGUNAKAN KEDUA-DUA BUAH BUKU INI. DIHARAP AGAR PIHAK DBP DAPAT MENJELASKAN KEKELIRUAN INI.SEKIAN, TERIMA KASIH.

Puan Norazwira,

Pada dasarnya  kaedah menulis akronim adalah seperti yang dinyatakan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 105-106. Walau bagaimanapun, dari segi amalan organisasi berkenaan mengeja nama organisasi tersebut menggunakan huruf besar.  Untuk makluman puan, Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai kamus umum merakamkan bentuk ejaan sebenar yang digunakan oleh organisasi tersebut. 

Lain-lain10.05.2010
Terima kasih atas jawapan bagi soalan-soalan saya yang terdahulu. Saya amat hargai. Singkatan nama Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan "DBP", Kementerian dalam Negeri "KDN", "MAMPU", "INTAN" dan sebagainya. Bagaimana pula sewajarnya singkatan nama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia? Adakah ada kaedah tertentu sama ada menggunakan "JAKIM" atau "Jakim"? Persoalan huruf kecil atau huruf besar. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas jawapan tuan.Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu:
1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia)
Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim.
Tatabahasa31.01.2013
Selamat pagi, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya mengenai perkataan " Puspakom". Yang mana satukah yang betul dari segi ejaannya. "Puspakom" atau "PUSPAKOM"? Harap pihak DBP boleh berikan penerangan. Terima kasih.PUSPAKOM ialah akronim untuk Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer. Akronim PUSPAKOM terbentuk daripada cantuman huruf dan suku kata bagi nama khas Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan ditulis dengan huruf besar, iaitu PUSPAKOM.Ejaan13.08.2020
Salam. Adakah huruf ringkas merupakan sejenis akronim? Atau adakah akronim hanya terhad kepada singkatan yang dibaca mengikut ejaan sahaja seperti "UMNO" dan "UNESCO", tetapi bukan huruf ringkas yang dibaca dengan cara mengeja seperti "SKMM" dan "WHO". Terima kasih.

Kata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

 

Kata nama akronim boleh dibahagiakan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu:

1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan. Contohnya, “ADUN” (Ahli Dewan Undangan Negeri)

2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Contohnya, “Perhilitan” (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)

3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. Contohnya, “Bernama” (Berita Nasional Malaysia)

4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Contohnya, “jentolak” (jentera tolak)

Tatabahasa13.02.2022
Assalamualaikum, 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran ini menjadi fokus dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Soalannya, dari segi ejaan, DBP memutuskan ejaan yang bagaimana? Huruf awalnya berhuruf besar atau semuanya huruf kecil? Terima kasih.KBAT ialah singkatan atau akronim bagi frasa “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi“ yang terbentuk melalui cantuman huruf awal perkataan. Oleh itu, huruf awal perkataan hendaklah berhuruf besar. Contoh lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Ejaan21.09.2018
Saya membeli sebuah buku nilam. Saya membeli sebuah buku Nilam. Saya membeli sebuah buku NILAM. Penggunaan ejaan yang manakah lebih tepat merujuk kepada buku NILAM atau Nilam atau nilam. Nilam bermaksud Nadi Ilmu Amalan MembacaEjaan yang betul ialah Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Iaitu merujuk kepada akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Contoh lain Mara, Intan dan lain-lain.Ejaan21.09.2017
12

Kembali ke atas