Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cap] | چڤ

Definisi : 1. alat utk menurunkan bekas atau kesan tanda (tandatangan, nama, dll) dgn menekan­kannya di atas kertas (surat dll), tera: ~ ini dibuat drpd getah; 2. cetak, cetakan; huruf ~ huruf cetak (bukan huruf tulisan); kain ~ kain yg dicetak (tidak dibatik); tukang ~ tukang mencetak buku; 3. bekas atau kesan (tanda, gambar, tandatangan, dll) yg dibuat dgn cap: tiap-tiap surat perjanjian itu mesti ada ~ pegawai daerah, barulah boleh diterima; 4. tanda yg berupa gambar dll (utk barang dagangan dll): Datuk Ujang menghulurkan sebatang cerut ~ ayam; 5. ki ciri, sifat (keadaan, watak, dll); dgn demikian kelihatan ~nya keadaannya yg sebenarnya; ~ batu cetakan yg dibuat dgn batu, litograf; ~ dagang(an) tanda (gambar, nama, dll) yg digunakan dlm perdagangan (pd barang­barang dll); ~ jari bekas tekanan jari (utk ganti tandatangan atau utk mengenali orang yg memiliki jari itu); ~ kempa sl tera (cap) diraja kerajaan Melayu; ~ mohor a) cap kerajaan (tera kerajaan): Sultan Johor telah mengurniakan ~ mohor kpd Raja Melewar; b) cap pd mata wang; mengecap 1. membubuh atau menaruh cap, menjadikan bercap; 2. mencetak (buku, surat khabar, kain, dll): surat khabar Utusan Melayu telah ~ berita itu dgn huruf-huruf kasar di muka hadapannya; 3. memberi bertanda: bilangan gigi gear itu ada dicap pd gear tersebut; 4. ki menganggap sbg, menuduh atau menamai: Amerika sendiri mungkin dicap ingin menguasai Vietnam Selatan; kita boleh ~ dia sbg “sasterawan nakal”; cap-mengecap segala usaha cetakan, cetak-­mencetak; mengecapkan menerakan, mencetakkan; pengecapan 1. ark perihal (perbuatan, kerja, dll) mengecap(kan); 2. percetakan; 3. per­usahaan cap-mengecap, pencetakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : sj ukuran besar kira-kira secekak (ibu jari bertemu dgn hujung salah satu drpd jari lainnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : bunyi orang makan atau mengunyah makanan, atau bunyi orang (binatang) ber­jalan di lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : 1 sesuatu gambar (rajah, lambang dll) yg terdapat pd barang dagangan dll sbg tanda: cerut ~ ayam; minyak ~ kapak. 2 tanda, huruf dsb yg dicetak: huruf ~ huruf yg dicetak (bukan ditulis tangan). 3 alat yg berukir sesuatu gambar (hari bulan, nama dll) dan dpt diterakan pd benda-benda lain: Tiap-tiap surat perjanji­an mesti ada ~ pejabat yg bkn. ~ batu cetakan yg dibuat dgn batu. ~ dagangan (niaga) tanda yg digunakan oleh sesuatu badan perniagaan (pd barang-barang dagangannya). ~ jari bekas tekanan jari (sbg ganti tandatangan). ~ mohor a. cap rasmi kerajaan atau raja-raja. b. cap pd mata wang. bercap 1 mempunyai cap. 2 sudah dicap. mengecap 1 membubuh cap; menjadikan bercap: ~ jari. 2 mencetak (buku dll): Syarikat kami sanggup ~ buku dan majalah. 3 ki meng­anggap: Beliau telah dicap sbg batu api di pejabat itu. mengecapkan menerakan sesuatu pd; mencetakkan. tercap telah dicap; termeterai; tercetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cap


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stamp 3. device for stamping a mark, cap: a rubber ~, cap getah; 4. design or inscription printed by this, cap: every piece of pottery on sale bears the maker’s ~, setiap tembikar yg dijual memaparkan cap pembuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seal 1 n 1. official mark, insignia, cap, mohor; (of government, monarch) tera, meterai, mohor, cap: the share certificate bears the company’s ~, pd sijil syer itu tertera cap syarikat tersebut; the royal ~, cap mohor or mohor diraja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cap~ /anecdote, quotation, joke, etc/, /menceritakan, memberikan, membuat dll/ /anekdot, petikan, jenaka dll/ yg lebih baik drpd /anekdot, petikan, jenaka, dll/ sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cap~ in hand, dgn rendah hati; if the ~ fits (wear it), siapa makan /cili, cabai/ dialah yg berasa pedas; put o’s thinking ~ on, berfikir dalam-dalam; set o’s ~ at so., mencuba /memikat, menawan hati/ sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
capn 1. headgear, kep: school ~, kep sekolah; ~ and gown, kep dan jubah; 2. lid, tutup: bottle ~ , tutup botol; lens ~, tutup kanta; 3. mushroom top, payung; 4. (geog) litupan: ice ~, litupan ais;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cap sleeven lengan cap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fingerprintvt mengambil cap jari: the police ~ed him, polis itu mengambil cap jarinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
visavt membubuh cap visa: your passport can be ~ed at the consulate, pasport anda boleh dibubuh cap visa di pejabat konsulat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
peaked adj pointed , berpuncak; ( of cap ) berpelindung: a twin- ~ mountain , gunung berpuncak dua; ~ cap , kep yg berpelindung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
capvt 1. put a lid on, menutup: to ~ a bottle tightly, menutup botol ketat-ketat; 2. form a cap over, melitupi: the snow ~ped the mountain top, salji melitupi puncak gunung itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas