Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cap] | چڤ

Definisi : 1. alat utk menurunkan bekas atau kesan tanda (tandatangan, nama, dll) dgn menekan­kannya di atas kertas (surat dll), tera: ~ ini dibuat drpd getah; 2. cetak, cetakan; huruf ~ huruf cetak (bukan huruf tulisan); kain ~ kain yg dicetak (tidak dibatik); tukang ~ tukang mencetak buku; 3. bekas atau kesan (tanda, gambar, tandatangan, dll) yg dibuat dgn cap: tiap-tiap surat perjanjian itu mesti ada ~ pegawai daerah, barulah boleh diterima; 4. tanda yg berupa gambar dll (utk barang dagangan dll): Datuk Ujang menghulurkan sebatang cerut ~ ayam; 5. ki ciri, sifat (keadaan, watak, dll); dgn demikian kelihatan ~nya keadaannya yg sebenarnya; ~ batu cetakan yg dibuat dgn batu, litograf; ~ dagang(an) tanda (gambar, nama, dll) yg digunakan dlm perdagangan (pd barang­barang dll); ~ jari bekas tekanan jari (utk ganti tandatangan atau utk mengenali orang yg memiliki jari itu); ~ kempa sl tera (cap) diraja kerajaan Melayu; ~ mohor a) cap kerajaan (tera kerajaan): Sultan Johor telah mengurniakan ~ mohor kpd Raja Melewar; b) cap pd mata wang; mengecap 1. membubuh atau menaruh cap, menjadikan bercap; 2. mencetak (buku, surat khabar, kain, dll): surat khabar Utusan Melayu telah ~ berita itu dgn huruf-huruf kasar di muka hadapannya; 3. memberi bertanda: bilangan gigi gear itu ada dicap pd gear tersebut; 4. ki menganggap sbg, menuduh atau menamai: Amerika sendiri mungkin dicap ingin menguasai Vietnam Selatan; kita boleh ~ dia sbg “sasterawan nakal”; cap-mengecap segala usaha cetakan, cetak-­mencetak; mengecapkan menerakan, mencetakkan; pengecapan 1. ark perihal (perbuatan, kerja, dll) mengecap(kan); 2. percetakan; 3. per­usahaan cap-mengecap, pencetakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : sj ukuran besar kira-kira secekak (ibu jari bertemu dgn hujung salah satu drpd jari lainnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : bunyi orang makan atau mengunyah makanan, atau bunyi orang (binatang) ber­jalan di lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : 1 sesuatu gambar (rajah, lambang dll) yg terdapat pd barang dagangan dll sbg tanda: cerut ~ ayam; minyak ~ kapak. 2 tanda, huruf dsb yg dicetak: huruf ~ huruf yg dicetak (bukan ditulis tangan). 3 alat yg berukir sesuatu gambar (hari bulan, nama dll) dan dpt diterakan pd benda-benda lain: Tiap-tiap surat perjanji­an mesti ada ~ pejabat yg bkn. ~ batu cetakan yg dibuat dgn batu. ~ dagangan (niaga) tanda yg digunakan oleh sesuatu badan perniagaan (pd barang-barang dagangannya). ~ jari bekas tekanan jari (sbg ganti tandatangan). ~ mohor a. cap rasmi kerajaan atau raja-raja. b. cap pd mata wang. bercap 1 mempunyai cap. 2 sudah dicap. mengecap 1 membubuh cap; menjadikan bercap: ~ jari. 2 mencetak (buku dll): Syarikat kami sanggup ~ buku dan majalah. 3 ki meng­anggap: Beliau telah dicap sbg batu api di pejabat itu. mengecapkan menerakan sesuatu pd; mencetakkan. tercap telah dicap; termeterai; tercetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cap


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Cap berpengaruh dalam menilai karya sasteraUmar JunusBerita Harian08.02.1986
Budu cap Kuda TerbangS.Othman KelantanUtusan Zaman20.03.1966
Award to cap them all for veteren Pak SamadTiadaNew Strait Times21.11.1988
Book rates: CAP's plea to the GovtTiadaMalay Mail15.10.1976

Kembali ke atas