Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.pi/] | چاڤيق

Definisi : 1. tempang kakinya atau jalannya (ke­rana cacat kaki); 2. lumpuh (bkn kaki dan tangan); mencapikkan menyebabkan capik: kemalangan jalan raya itu telah ~ kakinya; tercapik-capik (berjalan, berlari, dsb) dgn incang-incut (spt orang yg capik kakinya), tertempang-tempang: dia berjalan ~ selepas tersepak batu itu; kecapikan perihal capik: ~ kakinya tidak menghalangnya drpd menyertai perlumbaan jalan kaki itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.pi/] | چاڤيق

Definisi : 1 tempang kakinya atau tidak betul jalannya (kerana cacat kakinya). 2 lumpuh anggotanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata capik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
claudicationklaudikasiPerubatanTiadaPincang atau capik.
claudicantklaudikanPerubatanTiadaBerkaitan dengan pincang atau capik.
formulaformulaKesusasteraanTiadaFrasa yang disusun dalam bentuk struktur tetap yang diulang dalam pengucapan harian sebagai sebahagian daripada ritual atau tatacara sosial. Formula juga merujuk kepada susunan perkataan yang diulang dalam bentuk, sukatan baris, dan isi yang identikal dalam sesebuah karya lisan, terutamanya dalam puisi naratif. Contohnya, puisi epik Home. Formula terdiri daripada pernyataan atau frasa kodi yang menjadi rujukan bersama oleh pengarang atau pencerita lisan. Bentuknya yang tetap dan bersukat menjadikan formula mudah dihafal dan diingat. Formula termasuklah frasa tetap untuk ucapan alu-aluan atau perpisahan, tahniah atau takziah. Dalam budaya tulisan, formula jelas terdapat dalam surat kiriman. Dalam kajian lisan, konsep formula mula diperkenalkan oleh Parry-Lord (1920 � 1960) ketika beliau mengkaji puisi Homer. Formula membantu proses penciptaan dan penyampaian lisan. Bahasa yang menggunakan formula disebut sebagai berungkapan tetap atau formulaik. Dalam tradisi lisan Melayu, formula digunakan untuk merujuk kepada ungkapan berpola yang digunakan untuk memerikan sifat, situasi atau babak tertentu. Contoh yang dipetik daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda ialah ungkapan berpola untuk memerikan babak, iaitu ketika menyahut panggilan raja: �yang capik datang bertongkat� �yang buta meraba-raba� �yang tuli leka bertanya� �yang kecil terambin lintang� Yang jarak tolak-tolakan� �yang pendek tinjau-meninjau� �yang kurap mengekor angin� Di samping itu, terdapat juga ungkapan yang seiras formulanya seperti yang dipetik daripada Hikayat Seri Rama: �maka ia pun menuntung tabuh larangan, gong pelaung, canang pemanggil, Maka berhimpunlah Temenggung, Laksamana, Orang Kaya Besar, Perdana Menteri, kecil dan besar, tua dan muda, laki-laki dan perempuan berhimpun...� Lihat juga formulaik.

Kembali ke atas