Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.pu/] | چاڤوق

Definisi : 1. tompok(-tompok) pd sesuatu per­mukaan (spt pd kulit muka, kain, dll), borek; 2. = bercapuk(-capuk) mempunyai (banyak) capuk; bercapuk, bercapuk-capuk mempunyai atau menampakkan (banyak) capuk (bkn ku­lit dll), bertanda capuk (bkn kulit, kain, dll): mukanya bercapuk-capuk akibat sesuatu penyakit kulit; beberapa helai pakaian lembap yg ditimbunkan sahaja semalaman itu ~ di beberapa tempat; mencapukkan menjadikan bercapuk atau bercapuk-capuk: dia ~ kertas putih dgn cat air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata capuk


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERPENTIN

Serpentin ialah mineral yang mempunyai

komposisi kimia Mg3Si205(0H)4. Ia wujud dalam dua

bentuk yang jelas. Antigorit , sejenis mineral yang

berkeping, didapati dalam batu-batan yang besar.

Batu-batan ini sering bercapuk-capuk dengan

pelbagai warna hijau. Apabila digilap, ia kelihatan

seperti marmar. Serpentin demikian digunakan

sebagai batu hiasan yang dikenali sebagai antik

hijau , atau marmar serpentin . Krisotil , sejenis

serpentin berserat ialah jenis asbestos yang

paling penting. Krisotil dilombong di Kanada,

Kazakhstan, Rusia, dan Afrika Selatan.

UMUM 

Kembali ke atas